Muat Turun Maklumat Produk
Jadual: Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kakitangan Kerajaan
| Pengenalan |
Pelan Takaful Gadaijanji menyediakan sejumlah manfaat takaful yang boleh menebus baki pinjaman/pembiayaan atau hutang rumah jika ditakdirkan Peserta (Peminjam) meninggal dunia atau hilang upaya kekal |
Skim Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang melindungi kehilangan atau kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan bangunan (rumah kediaman) pada bila-bila masa dalam tempoh takaful |
| Kelebihan |
- Perlindungan 24 jam seluruh dunia
- Belanja pengkebumian RM1,000
- Proses penyertaan lebih mudah
- Tiada proses pengunderitan
- Tidak perlu pemeriksaan kesihatan
- Anda berhak mendapat lebihan, sekiranya ada dari sumbangan tabarru' anda. Lebihan itu akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal atau serahan atau tiba tempoh matang
|
- Tiada pembaharuan diperlukan
- Perlindungan asas dan tambahan
|
| Skop Perlindungan |
- Kematian
- Keilatan kekal sepenuhnya sebelum berumur 65 tahun
- Khairat kematian (belanja pengkebumian)
|
- Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah
- Letupan
- Kerosakan akibat pesawat
- Kesan kemusnahan
- Pecahan atau limpahan air daripada tangki rumah, paip atau peralatan
- Kecurian akibat dipecah masuk
- Ombak besar, puting beliung, taufan dan hujan lebat
- Gempa bumi dan letupan gunung berapi
- Banjir
- Tanggungan terhadap pihak ketiga
- Kehilangan sewa sehingga 10% daripada jumlah perlindungan rumah
|