Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi
 
Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI

 
 
Corporate Website > KORPORAT > Mengenai Kami
 

Latar Belakang Syarikat


Company Background

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) diperbadankan pada 29 November 1984. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modal berbayar ialah RM163 juta. Ia mula beroperasi pada 22 Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perbadanan Takaful Malaysia adalah atas sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian Penubuhan Syarikat Insurans Islam di Malaysia" (Pasukan Petugas) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1981. Pasukan Petugas dalam laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memandangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.

Takaful Malaysia dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di Bursa Malaysia Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55 juta. Struktur modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar Takaful Malaysia kini berjumlah RM163 juta.

BIMB Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 60.31% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 100% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan perbankan dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam broker saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar pesisir. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari Lembaga Tabung Haji dan pegangan saham semasa dalam BIMB Holdings BerhadĀ adalah 53.99%.


Cetak halaman ini
   
3909232
   Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman
Rakan Kami:
Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) 2014. Semua Hakcipta Terpelihara.
  Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.