Masyarakat telah memainkan peranan utama dalam menyokong Takaful Malaysia. Oleh itu, ia adalah wajar sekiranya pihak Syarikat memainkan peranannya dalam menyumbang kembali kepada masyarakat. Sejak bertahun-tahun, Takaful Malaysia banyak melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) serta menyertai banyak inisiatif korporat lain yang berperingkat kebangsaan.
Pada bulan Januari 2009, Takaful Malaysia telah melancarkan jenama TSK sendiri, Takaful myJalinan. Beberapa kategori telah diperkenalkan di bawah jenama TSK tersebut, iaitu:
- Takaful myJalinanKasih
memberikan bantuan, dari segi kewangan dan fizikal, kepada ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan golongan yang berpendapatan rendah.
- Takaful myJalinanIlmu
memberikan sokongan pendidikan kepada pelajar-pelajar fakir miskin.