Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI
 

 
 
 
 
Cetak Halaman Ini
Corporate Website > KORPORAT > Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya
 
Soalan-Soalan yang Sering Ditanya


 1. Apakah persamaan antara takaful dan insurans konvensional?
Kedua-dua insurans takaful dan konvensional memberikan perlindungan ketika berlakunya kejadian yang buruk dan tidak dijangka dan sumbangan harus dibayar untuk memulakan perlindungan. Insurans adalah peralihan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi, seperti perniagaan anda, kepada syarikat insurans. Anda atau organisasi anda dikenali sebagai pemilik polisi. Syarikat insurans menerima bayaran dalam bentuk premium dan akan memberikan pampasan kepada anda bagi kerugian atau kerosakan yang anda alami

Takaful memberikan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan menyumbangkan sejumlah wang untuk dana takaful dalam bentuk sumbangan ('Tabarru'), anda akan diikat dengan kontrak (aqad) untuk menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu, sekiranya mana-mana peserta mengalami kerugian yang ditakrifkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip-prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pengambil insurans mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko yang diinsuranskan, bererti anda harus menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dipertanggungkan berlaku. Insurans anda atau kontrak takaful adalah kontrak niat baik (kepercayaan). Dengan demikian, anda sebagai pemilik sijil harus mendedahkan semua bahan maklumat yang diperlukan. Jika salah satu bahan fakta yang relevan tidak didedahkan, sijil mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi terhadap segala kerugian atau kerosakan.
   
2. Apakah perbezaan antara insurans takaful dan konvensional?
Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta. Operasi Takaful adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut.

Semua pelaburan yang diuruskan oleh pengendali takaful adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Dana-dana ini diuruskan oleh pengendali takaful bagi pihak peserta, yang mana akan memberi manfaat kepada peserta.

Selain itu, tidak seperti insurans konvensional, para peserta takaful mengekalkan pemilikan atas dana takaful. Sumbangan dari peserta kemudian dilaburkan di dalam pelaburan halal atau dana Syariah yang sesuai untuk memperolehi pendapatan pelaburan. Sekiranya dana menghasilkan lebihan, ia kemudian dikongsi di antara peserta (dan, dalam beberapa kes dengan pengendali takaful). Hal ini menghasilkan situasi 'sama menang' untuk semua peserta.

Operator takaful juga mempunyai Lembaga Penasihat Syariah yang akan memantau kegiatan operasi dalam memastikan bahawa ia mematuhi prinsip Syariah. Ini mengambil kira dalam semua aspek operasi.

Takaful dan syarikat insurans konvensional berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memberi perlindungan kepada anda, orang yang anda cintai dan harta benda anda yang berharga.
   
3. Apakah yang anda maksudkan dengan Mudharabah dan bagaimana seseorang menerima manfaatnya?
Kini, Takaful Malaysia merupakan syarikat takaful yang pertama dan satu-satunya dalam negara yang menawarkan tambahan 15% Rebat Tanpa Tuntutan atau pembayaran Mudharabah kepada semua pesertanya dalam Produk Takaful Am dan Produk Takaful Keluarga terpilih, iaitu, peserta akan menerima rebat sekiranya tiada tuntutan berlaku dalam tempoh perlindungan. Mudharabah bermaksud perkongsian 'keuntungan atau lebihan'.
   
4. Bilakah boleh saya menerima pembayaran Mudharabah?
Peruntukan Mudharabah hanya dibayar setelah sijil tamat tempoh dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tempoh perlindungan.
   
5. Berapakah saluran pengagihan dalam Takaful Malaysia?
Di Takaful Malaysia, produk Takaful Keluarga dan Takaful Am diagih menerusi 6 saluran iaitu runcit dan agensi korporat, Bancatakaful, korporat langsung, broker dan perbendaharaan.
   
6. Di manakah saya boleh membeli pelan takaful saya?
Anda boleh mengunjungi mana-mana pejabat cawangan Takaful Malaysia yang terdapat di seluruh negara atau anda boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1300 8 TAKAFUL (825 2385), e-mel csu@takaful-malaysia.com.my
   
7. Apakah dana berkaitan pelaburan yang terdapat dalam Takaful Malaysia?
Dana berkaitan pelaburan yang diluluskan oleh Syariah dan ditawarkan oleh Takaful Malaysia termasuk Dana Ihsan Balanced, Dana Irad Dividend, Dana Ihfaz Equity Index, Dana Istifad Blue Chips dan Dana Ittihad Growth.
   
8. Bagaimanakah saya membayar caruman saya?
Kemudahan untuk membayar caruman kepada Takaful Malaysia termasuk:
  • Tunai
  • Cek
  • Kad Kredit (cawangan Takaful Malaysia)
  • Kad kredit arahan pembayaran
  • Auto debit daripada Akaun Maybank
  • Arahan bank di Bank Islam atau BSN
  • Perbankan menerusi online di alamat www.bankislam.com.my atau www.maybank.com.my
  • Potongan gaji

Sila ambil perhatian bahawa cara pembayaran untuk setiap pelan takaful mungkin berbeza. Anda perlu membaca sijil anda dengan teliti tentang cara pembayaran.
   
9. Apakah yang harus saya lakukan untuk membuat tuntutan?
Anda dinasihatkan supaya menghubungi Takaful Malaysia di talian bebas tol  kami 1300-8-TAKAFUL (825 2385), e-mel: csu@takafulmalaysia.com.my atau pergi ke mana-mana pejabat cawangan untuk mengisi borang tuntutan.
   
10. Adakah syarikat mempunyai had masa tertentu untuk saya memaklumkan tuntutan saya?
Anda dinasihatkan supaya memaklumkan pihak kami dengan segera.
   
11. Bilakah saya boleh menerima tuntutan pembayaran selepas menghantar borang tuntutan dan dokumen yang berkaitan?
Pembayaran tuntutan dibayar dalam masa 14 hari bekerja selepas menerima dokumen sokongan lengkap daripada anda.
   
12. Di manakah saya boleh memperbaharui pelan saya?
Pembaharuan boleh dibuat di mana-mana cawangan pejabat Takaful Malaysia atau dengan menghubungi ejen anda.
   
13. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak membayar caruman pada masa yang ditentukan?
Sekiranya berlaku ketidakcukupan dana dalam akaun anda, sijil anda akan luput.
   
14. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan salinan sebenar kontrak saya?
Takaful Malaysia akan mengirim sijil takaful kepada anda. Anda juga boleh menghubungi unit khidmat pelanggan kami: 1300-8-TAKAFUL (825 2385) pada hari bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
   
15. Adakah penama/benefisiari perlu membayar cukai pada perlindungan ini?
Jumlah perlindungan biasanya bebas cukai. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat cukai anda.
   
16. Bolehkah orang bukan Islam menyertai mana-mana pelan Takaful Malaysia?
Boleh, Pelan Takaful Malaysia terbuka kepada 1Malaysia. Semua warga Malaysia boleh menyertai pelan kami dengan syarat mereka memenuhi keperluan perlindungan.
   
17. Apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat pertukaran dalam alamat pos / alamat rumah?
Anda perlu memaklumkan kami di talian bebas tol 1300 8 TAKAFUL (825 2385) pada hari bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, e-mel: csu@takaful-malaysia.com.my dengan segera bagi setiap pertukaran alamat supaya kami boleh memaklumkan sebarang maklumat penting. Anda juga perlu memaklumkan sebarang pertukaran alamat-alamat penama anda untuk memudahkan pembayaran tuntutan.
   
 
1854543
Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman

Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad 2012. Semua Hakcipta Terpelihara.
Rakan kongsi kami: