Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI
 

 
 
 
 
Cetak Halaman Ini
Corporate Website > KORPORAT > Tinjauan Takaful > Glossary of Takaful
 
Glosari Takaful


TAKAFUL KELUARGA

Akaun Peserta Akaun untuk mengkreditkan sebahagian daripada sumbangan peserta untuk tujuan pelaburan/simpanan.
Akaun Khas Peserta Akaun untuk mengkredit sebahagian daripada sumbangan peserta untuk tujuan tabarru’.
Anuiti Takaful Kontrak yang memberi aliran pendapatan dari semasa ke semasa apabila bersara bagi tempoh yang bergantung pada hayat manusia.
Sumbangan Kewangan Sumbangan yang diberikan sekali atau dari semasa ke semasa oleh peserta kepada operator takaful untuk tujuan pelaburan dan tabarru'.
Simpanan Pengendali Takaful Semula Jumlah yang disimpan dengan atau disimpan oleh operator takaful dalam bentuk sekuriti untuk prestasi operator retakaful melalui kontrak takaful semulanya.
Dokumen Sijil Bukti kontrak di antara peserta dan operator takaful yang membentangkan terma dan syarat sesuatu sijil.
Jadual Mortaliti Jadual statistik yang menunjukkan kadar kematian pada setiap peringkat umur, lazimnya dinyatakan sebagai bilangan kematian setiap ribu.
Kadar Belanja Nisbah jumlah perbelanjaan bagi setahun (termasuk komisen, gaji, dll) kepada jumlah pendapatan sumbangan selain daripada sumbangan tunggal dan pertimbangan untuk anuiti.
Lebihan Pada Tarikh Penilaian Lebihan dana takaful dibawa ke hadapan melebihi liabiliti aktuari dana takaful bagi perniagaan takaful keluarga.
Pendapatan Pelaburan Bersih Pulangan pelaburan tolak kadar dan cukai.
Rider Lampiran kepada sijil yang mengubahsuai syarat-syarat dengan meluaskan faedahnya.
Takaful Berkaitan Pelaburan Kontrak di mana faedah sijil pada bila-bila masa akan berubah menurut nilai asset dasar pada masa tersebut.
Takaful Keluarga Individu Kontrak yang memberi faedah takaful berbayar kepada individu pada kematian/ hilang upaya menyeluruh atau pendapatan dari semasa ke semasa kepada peserta semasa bersara.
Takaful Keluarga Kumpulan Takaful keluarga (biasanya tanpa pemeriksaan perubatan) sekumpulan orang di bawah satu Sijil induk dikeluarkan kepada majikan untuk kebaikan pekerja, atau ahli-ahli persatuan.
Takaful Perubatan dan Kesihatan Kontrak yang memberi manfaat rawatan perubatan khusus seperti kos perbelanjaan hospital, bayaran doktor perunding dan pembedahan daripada risiko seseorang didiagnosis dengan penyakit tertentu atau mengalami kecederaan disebabkan oleh kemalangan.
Tuntutan Pemberitahuan kepada operator takaful tentang pembayaran yang perlu dibayar di bawah terma sijil.


TAKAFUL AM

Sumbangan Bersih Sumbangan kasar tolak semua sumbangan takaful semula yang perlu dibayar.
Sumbangan Langsung Kasar Sumbangan kasar asal yang dikenakan pada klien berkaitan dengan bisnes langsung takaful tanpa mana-mana potongan untuk komisen atau brokeraj.
Klausa Purata Klausa Purata menyatakan dana takaful hanya bertanggungjawab untuk sebahagian kerugian kerana amaun yang diinsuranskan akan menanggung jumlah nilai yang berisiko.
Indemniti Pemulihan kepada penuntut untuk kerugian melalui pembayaran, pembaikan atau penggantian.
Kerugian Menyeluruh Kerugian besar sehingga boleh dikatakan tidak ada apa-apa lagi yang bernilai.
Keuntungan/Kerugian Pengunderaitan Pendapatan sumbangan yang diperolehi setelah ditolak tuntutan bersih yang dibelanjakan, komisen, dan perbelanjaan pengurusan.
Nisbah Bendungan Nisbah sumbangan bersih kepada sumbangan langsung kasar dan sumbangan retakaful diterima tolak retakaful di dalam Malaysia.
Nisbah Tuntutan Nisbah tuntutan bersih yang dibelanjakan kepada sumbangan yang diperolehi.
Sumbangan Diperolehi Sumbangan bersih tolak peruntukan untuk rizab sumbangan yang tidak terperoleh (RUC) pada akhir tahun ditambah RUC pada awal tahun.
Rizab Sumbangan Tidak Terperoleh Sumbangan yang diterima berkaitan risiko yang belum luput tarikhnya pada akhir tempoh perakaunan.
Sumbangan Langsung Kasar Sumbangan pada kadar asal kasar yang dicajkan kepada klien berhubung dengan perniagaan takaful langsung. Tanpa sebarang potongan komisen atau brokeraj.
Takaful Am Perlindungan kepada peserta daripada kerugian yang timbul daripada bencana seperti kemalangan, kebakaran, banjir, liabiliti dan rompakan.
Perjanjian Fakultatif Kontrak retakaful di mana seorang operator takaful boleh menyerah dan mempunyai opsyen untuk menerima atau menolak risiko individu.
Perjanjian Lebihan Kerugian Sejenis perjanjian retakaful di mana operator retakaful membayar semua atau peratusan kerugian yang ditetapkan berikutan sesuatu kejadian atau peristiwa (lebih kerap dan bersifat malapetaka) lebihan amaun tetap dan sehingga had yang ditentukan.
Perjanjian Berkadar Kontrak di bawah operator takaful dan operator retakaful yang terlibat di dalam kadar yang ditentukan dalam sumbangan dan kerugian bagi setiap risiko mengikut skop kontrak tersebut.
Tuntutan Bersih Yang Dibelanja Tuntutan bersih dibayar tolak peruntukan bagi tuntutan tertunda pada permulaan tahun ditambah peruntukan untuk tuntutan yang belum lunas pada akhir tahun.


KONSEP FIQH

Mudharabah Perjanjian di antara usahawan dan pembekal modal dalam usaha niaga rentan untuk berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan yang dipersetujui. Kerugian akan ditanggung oleh pembekal modal.
Syariah Undang-undang Islam.
Tabarru' Sebahagian sumbangan peserta untuk tujuan bantuan bersama dan diguna untuk membayar tuntutan yang diserahkan oleh penuntut yang layak.
Takaful Jaminan bersama yang diberikan oleh sekumpulan orang daripada risiko yang dikenalpasti atau malapetaka yang menimpa kehidupan seseorang, harta benda atau apa-apa bentuk barangan berharga.
Tijari Perniagaan Komersil.
Wakalah Perhubungan ejen-prinsipal di mana seorang akan melantik seorang lain untuk bertindak bagi pihaknya.
Wakil Ejen
Hibah Hadiah
Rabbul Mal Pembekal modal.
Qard Pinjaman
Qard al-Hasan Pinjaman tanpa faedah atau pinjaman ihsan.
Riba Faedah yang dianggap tidak sah dalam agama Islam.
Mudharib Usahawan
Ra’sul mal Sumbangan Takaful.
Tijari Seksyen komersil atau swasta.
Ta'min Insurans
Wali Penjaga
Wasi Pelaksana


Glosari dan penerangan yang diberikan di atas tidak membawa pengertian perundangan memandangkan ia disusun khususnya untuk pengetahuan pembaca yang kurang mengenali sesetangah istilah dan pernyataan yang digunakan di dalam buku panduan ini.

 
3814239
Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman

Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) 2014. Semua Hakcipta Terpelihara.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.
Rakan kongsi kami: