Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI
 

 
 
 
 
Cetak Halaman Ini
Corporate Website > KORPORAT > Tinjauan Takaful
 
Islam dan Insurans


Berhubung dengan kesemua pernyataan di atas serta dengan adanya keperluan sebenar untuk perlindungan insurans, pakar undang-undang Islam meneliti sistem insurans Islam dengan lebih mendalam. Mereka berpendapat bahawa insurans menurut pandangan Islam seharusnya berlandaskan prinsip saling bekerjasama. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, sistem insurans merangkumi prinsip saling bertanggungjawab, indemniti bersama, kepentingan bersama, kesetiakawanan, dan lain-lain. Menurut pakar undang-undang, konsep insurans diterima dalam Islam kerana pemegang polisi akan bekerjasama sesama sendiri untuk kepentingan mereka; setiap pemegang polisi akan memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan; ia tertakluk di bawah kontrak derma yang bertujuan untuk membahagikan kerugian dan menyebarkan liabiliti mengikut sistem pengumpulan komuniti; unsur ketidakpastian mengenai sumbangan dan pampasan akan dihapuskan; ia tidak bertujuan mengambil kesempatan ke atas individu yang lain.
 
Pakar undang-undang Islam berpendapat bahawa operasi insurans biasa sebagai satu transaksi pertukaran di bawah perjanjian jual beli tidak dalam bentuknya yang sedia ada, menepati peraturan dan keperluan Syariah yang merangkumi tiga unsur berikut:

al-Gharar
Terdapat unsur al-Gharar (faktor yang diketahui dan tidak pasti dalam operasi sesuatu kontrak) dalam kedua-dua polisi insurans hayat dan am. Ini berpunca daripada ketidakpastian isi kandungan kontrak atau`ma'qud'alaih' di mana salah satunya ialah peraturan asas kontrak dalam Islam yang mengatakan ma'qud'alaih perlu jelas.

Di dalam kontrak seperti ini, pihak yang diinsuranskan atau pemegang polisi bersetuju untuk membayar sejumlah premium dan syarikat insurans akan menjamin untuk membayar jumlah ganti rugi tertentu (jumlah yang diinsuranskan) sekiranya berlaku sesuatu kecelakaan atau malapetaka. Tetapi pihak yang diinsuranskan atau pemegang polisi tidak akan tahu bagaimana jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat kepadanya diperolehi ataupun jumlah amaunnya yang akan diterima.

Tambahan, sebarang bentuk kontrak yang berat sebelah berpihak kepada satu pihak dengan mengorbankan dan mengakibatkan kerugian kepada yang lain juga dikelaskan sebagai Gharar. Ini jelas kelihatan di dalam polisi-polis insurans hayat dan am. Dalam polisi insurans hayat, umpamanya, kehilangan premium yang ditanggung oleh pemegang polisi sekiranya dia mahu membatalkan polisinya sebelum polisi memperoleh status pelucutan. Begitu juga dengan keadaan “dua nilaian” yang mengenakan bayaran jangka masa pendek dalam insurans am jika pemegang polisi yang bertanggungjawab menamatkan polisi manakala pembayaran balik yang setimpal diberikan, jika syarikat insurans yang membatalkan perlindungan.

al-Maisir
Terdapat unsur-Maisir (atau berjudi) yang berpunca daripada kewujudan al-Gharar, terutamanya dalam ke insurans hayat. Apabila pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh polisinya tamat setelah hanya membayar sebahagian premium, contohnya mereka yang bergantung padanya akan menerima sejumlah wang yang tidak diberitahu kepada pemegang polisi pada mulanya dan tidak mempunyai pengetahuan bagaimana dan dari mana ia diperolehi.

 
1854544
Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman

Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad 2012. Semua Hakcipta Terpelihara.
Rakan kongsi kami: