Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI
 
 
 
 
 
Cetak Halaman Ini
Corporate Website > FOOTER > Client Charter
 
Piagam Pelanggan


Keselamatan dan Jaminan Operasi
Takaful Malaysia amat berkomited untuk memastikan agar operasi Pembaharuan Dalam Talian kami selamat dan terjamin. Untuk tujuan sedemikian, kami menyediakan langkah-langkah keselamatan yang kukuh untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan, yang mungkin boleh menyebabkan pengubahan, pemusnahan atau kecurian data atau mengkompromi kerahsiaan data pelanggan kami. Untuk membentuk persekitaran Pembaharuan Dalam Talian yang selamatdan terjamin, kami mematuhi standard keselamatan komputer yang ketat dan menyediakan akses, pengesahan dan kawalan keselamatan yang lain.Untuk maklumat lanjut tentang langkah-langkah keselamatan yang telah kami kendalikan, sila lihat penyata keselamatan kami.

Polisi Privasi
Kami menyedari bahawa privasi maklumat peribadi dan kewangan pelanggan kami adalah teras keyakinan dan kepercayaan awam terhadap Pembaharuan Dalam Talian kami. Kami juga amat prihatin terhadap kebimbangan pelanggan kami tentang privasi dalam talian dan akan mengamalkan standard privasi yang bertanggungjawab untuk memberi pelanggan kami perlindungan privasi di dalam persekitaran dalam talian. Sila rujuk kepada polisi privasi kami untuk keterangan lanjut mengenai komitmen kami untuk memastikan privasi klien kami terjamin.

Perkhidmatan Dipercayai dan Berkualiti
Takaful Malaysia sentiasa berkomited untuk memastikan kepentingan pelanggan dijaga dan membentuk pengaruh yang menguasai peruntukan Pembaharuan DalamTalian kami. Untuk membekalkan perkhidmatan yang dipercayai dan berkualiti, kami memastikan agar semua personel dan warga kerja yang terlibat di dalam pembekalan perkhidmatan memiliki kepakaran dan kemahiran yang diperlukan. Kami juga akan memastikan bahawa kami mempunyai sumber yang mencukupi untuk melaksanakan dan menyokong system Pembaharuan Dalam Talian dan untuk menangani segala kebimbangan keselamatan dan privasi Pelanggan kami.

Ketulusan Produk
Kami sentiasa berkomited untuk memastikan agar sebarang pendedahan produk dan perkhidmatan kami adalah adil dan tepat. Kami tidak akan bagi tujuan inibertindak untuk mengelirukan atau memperdaya atau membuat sebarang perwakilan yang salah atau mengelirukan mengenai produk dan perkhidmatan kami yangdisediakan.

Respons Pantas untuk Pertanyaan dan Aduan
Kami sentiasa mengalu-alukan apa-apa pertanyaan, maklum balas dan aduan daripada pelanggan. Ini boleh membantu kami untuk memperbaiki kelemahan di dalam perkhidmatan kami.

Dalam usaha kami untuk menangani apa-apa kebimbangan atau untuk menjawab sebarang persoalan daripada pelanggan, kami berikthiar memastikan agarwarga kerja terlatih kami memberi respons yang pantas dan memuaskan.

Sekiranya maklum balas atau respons kami adalah tidak memuaskan, Pelanggan boleh menyerahkan aduan mereka kepada kami secara bertulis atau menghantar emel kepada kami di csu@takaful-malaysia.com.my.
 
Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman

Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) 2014. Semua Hakcipta Terpelihara.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) adalah sebuah syarikat berlesan di bawah Akta Takaful 1984 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.
Rakan kongsi kami: