Takaful Malaysia amat berkomited untuk memastikan kesemua transaksi yang anda jalankan melalui Pembaharuan Dalam Talian kami adalah selamat, terjamin dan sulit. Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direkabentuk khas untuk memastikan standard keselamatan dan tahap kerahsiaan yang paling tinggi.
Akses kepada Pembaharuan Dalam Talian Untuk mangawal akses kepada Pembaharuan Dalam Talian kami, setiap pelanggan dikehendaki memberikan antara 2 kombinasi yang berikut:
- Nombor Sijil Pembaharuan atau
- Nombor Pendaftaran Kenderaan atau
- Nombor Kad Pengenalan.
Walaupun kami mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan Pembaharuan Dalam Talian adalah selamat dan terjamin, namun kami tidak mempunyai kawalan terhadap komputer yang anda gunakan untuk mengakses Pembaharuan dalam Talian. Justeru, bagi pihak anda, adalah dinasihatkan agar anda:
- Sila pastikan komputer anda tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mengakses maklumat anda. Sebagai langkah keselamatan tambahan,kami memasukkan ciri di dalam Pembaharuan Dalam Talian untuk anda melog keluar sekiranya tidak terdapat sebarang aktiviti untuk suatu jangka masa tertentu.
- Sila pastikan peralatan yang digunakan tidak membenarkan sebarang aktiviti pasang telinga atau merekod.
- Sentiasa log keluar Pembaharuan Dalam Talian sebelum melawat tapak Internet lain atau sebaik sahaja anda sudah selesai mengendalikan transaksi anda.
- Sila pastikan bahawa maklumat tentang akaun anda tidak dihantar melalui emel.
Kerahsiaan Data dan Kewibawaan Data Untuk memastikan kerahsiaan dan kewibawaan data, semua maklumat yang dihantar melalui Internet dirahsiakan dengan penggunaan Sijil digital Secure Socket Layer (SSL), 40-bit and 128-bit terjamin dan merupakan cara terselamat untuk memindah maklumat di antara dua komputer di Internet.
Sistem Keselamatan dan Pemantauan Takaful Malaysia menggunakan kombinasi sistem keselamatan dan langkah-langkah pemantauan yang berikut untuk transaksi Pembaharuan Dalam Talian:
- Sistem Firewall, penyulitan data yang kukuh, sistem perlindungan anti-virus dan sistem pengawasan keselamatan sepanjang masa untuk mengesan dan menghalang sebarang aktiviti-aktiviti haram di dalam sistem rangkaian kami.
- Reviu keselamatan dari semasa ke semasa akan dikendalikan di dalam system kami oleh Audit Sistem Dalaman dan juga pakar keselamatan luaran.
- Kerjasama di antara vendor utama/ pengeluar selaras dengan perkembangan teknologi maklumat keselamatan terbaru dan untuk melaksanakannya di mana perlu.