Skip navigation links
LAMAN UTAMA
KORPORAT
PRODUK
KEMPEN
TEMPAT BAYARAN
LAIN-LAIN
SERTAI KAMI
HUBUNGI KAMI
 
 
 
 
 
Cetak Halaman Ini
Corporate Website > FOOTER > Terms & Conditions
 
Terma dan Syarat


TERMA DAN SYARAT YANG BERIKUT ADALAH BERKAITAN AKSES DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB INI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD. DENGAN PENGGUNAAN MANA-MANA HALAMAN LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNA PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT TANPA HAD ATAU KELAYAKAN. SEKIRANYA ANDA TIDAK MENERIMA TERMA DAN SYARAT INI, SILA TAMATKAN AKSES ANDA KEPADA LAMAN WEB DAN ATAU PERKHIDMATANNYA.

Am
Istilah "Takaful Malaysia" yang digunakan di dalam terma dan syarat ini merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Terma dan syarat ini bertujuan untuk menyelaraskan akses anda ke dalam laman web ini dan ia boleh dibaca bersama dengan terma dan syarat berkaitan yang mengawal mana-mana transaksi, produk dan atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman web ini.

Maklumat yang diberikan di laman web ini bukan untuk pengedaran kepada, atau diguna oleh, mana-mana orang atau entiti di dalam mana-mana bidang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaannya bercanggah dengan undang-undang atau peraturan atau yang akan menyebabkan Takaful Malaysia dan anak-anak syarikat atau syarikat sekutu kepada keperluan pendaftaran di dalam sesuatu bidang kuasa tertentu atau negara. Tiada maklumat atau pendapat yang terkandung di dalam laman ini terdiri daripada permintaan atau penawaran oleh Takaful Malaysia untuk membeli atau menjual produk, perkhidmatan, sekuriti, hadapan, opsyen, peralatan kewangan lain, memberi apa-apa pelaburan atau nasihat kewangan atau jemputan untuk menyertai kontrak atau persetujuan secara sah.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman web ini adalah untuk pemastautin Malaysia sahaja. Kelayakan untuk mana-mana produk atau perkhidmatan adalah tertakluk kepada penentuan terakhir dan penerimaan oleh Takaful Malaysia.

Terma dan syarat untuk penggunaan dan akses dan maklumat yang akan terpapar di dalam laman web ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa tanpa notis. Takaful Malaysia tidak berkewajipan untuk mengemaskinikan maklumat di dalam laman web ini untuk mencerminkan perubahan keadaan di mana maklumat adalah berlainan daripada apa yang dicetak dahulu.

Penafi
Bahan dan maklumat yang terdapat di dalam web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau barangan lain, diberikan oleh Takaful Malaysia atas dasar “seperti mana yang ada” dan “sedia ada”. Rujukan yang dibuat kepada bahan dan maklumat yang terkandung di laman web ini adalah termasuk bahan dan maklumat yang dibekalkan oleh pihak ketiga.

Takaful Malaysia tidak membuat waranti nyata atau tersirat, perwakilan atau pengendorsan termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana waranti terhadap tajuk, tiada pelanggaran, pemboleh jualan, kebergunaan, operasi, kejituan, kualiti yang memuaskan, kebolehpercayaan, kecergasan untuk tujuan tertentu dari segi laman web, bahan, maklumat dan/atau fungsi di dalamnya dan menyangkalkan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan bahan-bahan tersebut, maklumat dan/atau fungsi. Tanpa pengurangan perkara-perkara di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian bersesuaian yang mengawal semua produk dan perkhidmatan Takaful Malaysia, langkah-langkah munasabah akan diambil oleh Takaful Malaysia untuk memastikan ketepatan dan kesahan semua maklumat yang terlibat dengan transaksi dan produk Takaful Malaysia.

Selain itu Takaful Malaysia tidak mewajarkan atau mewakili akses kepada seluruh atau sebahagian laman web ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya akan disediakan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan ataupun tidak terdapat kelewatan, kegagalan, kesilapan penghantaran maklumat atau tiada kerosakan akan berlaku kepada system computer anda. Walau bagaimanapun, kerosakan yang dikenalpasti (sekiranyaada) akan ditangani segera untuk memastikan bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya adalah tepat.

Bahan, maklumat dan fungsi yang disediakan di dalam laman web ini tidak akan dalam apa jua keadaan dianggap sebagai tawaran atau permintaan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, mengisu, menentukan atau memindah atau Sebagai member nasihat berkaitan saham, stok, bon, nota, faedah, amanah saham, dana bersama atau sekuriti lain, pelaburan, pinjaman, wang pendahuluan, kredit atau simpanan di mana-mana bidang kluasa.

Anda adalah bertanggung jawab untuk menilai kualiti, kecukupan, kelengkapan, semasa dan kepentingan semua perkhidmataan, kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang diperoleh atau diakses melalui laman web; selain itu anda juga harus mendapatkan nasihat professional pada setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas ke atas bahan dan maklumat yang diberikan di sini sebelum membuat sebarang pelaburan, keputusan bisnes atau komersil berdasarkan mana-mana bahan dan maklumat sedemikian

Kegunaan Pautan
Pautan daripada atau kepada laman web di luar laman web ini adalah untuk tujuan kemudahan sahaja. Laman web berpaut ini dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan dengan itu, ia tidak berada di bawah kawalan Takaful Malaysia. Justeru, Takaful Malaysia tidak akan bertanggung jawab dan tidak akan membuat waranti terhadap kandungan laman-laman web tersebut, bagi pihak ketiga yang dinamakan di sini atau produk dan perkhidmatan mereka.

Tambahan, pautan yang diberi di dalam laman web ini tidak dianggap sebagai pengendorsan, atau pengesahan atau kelulusan bagi laman web berpaut ataupun kandungan di dalamnya. Pautan kepada mana-mana laman web yang lain adalah atas risiko anda sendiri dan Takaful Malaysia tidak akan bertanggung jawab untuk sebarang kerosakan yang berkaitan dengan pautan. Anda dinasihatkan untuk membaca polisi penyata peribadi (sekiranya ada) bagimana-mana laman web yang berpaut kepada laman web ini.

Hakcipta
Melainkan apa yang dinyatakan, hakcipta laman web ini dan kandungannnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik , fail suara, fail animasi, fail video dan penyusunananya, adalah hakmilik Takaful Malaysia, dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia dan antarabangsa yang berkaitan. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian daripada laman web ini bolehdiubahsuai, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, dijadikan pertunjukan, dikeluarkan semula, dicetak, dilesenkan, dipindah, dijual atau diurus secara komersil dalam apa jua carapun tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Takaful Malaysia.

Anda tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Takaful Malaysia, menyelitkan pautan kepada laman web ini, membingkai atau “mencerminkan” mana-mana bahan yang terkandung di dalam laman web ini pada mana-mana pelayan lain. Sebarang pengeluaran semula, penghantaran semula atau penyalinan lain atau pengubahsuaian mana-mana kandungan laman web Takaful Malaysia yang tidak dibenarkan, akan dianggapkan Sebagai pelanggaran undang-undang hak milik berkanun yang mungkin membawa kepada tindakan undang-undang.

Takaful Malaysia menafikan semua liability yang mungkin berpunca daripada sebarang pengeluaran semula yang tidak dibenarkan dan penggunaan kandungan laman web Takaful Malaysia.

Tanda Dagangan
Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan, dan logo yang terpapar di dalam laman web ini adalah hakmilik Takaful Malaysia dan/atau milikan pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam laman web ini.

Melainkan kebenaran bertulis diberi terlebih dahulu oleh Takaful Malaysia atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan untuk mana-mana tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau logo yang terpapar pada laman web, tiada lesen atau hak telah diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk mengguna, memuat turun, mengeluarkan semula, menyalin atau mengubahsuai tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau logo.

Begitu juga melainkan kebenaran bertulis daripada Takaful Malaysia atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan diperolehi, tiada tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau logo boleh diguna sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan kepada laman web Takaful Malaysia atau laman-laman web yang lain.

Indemniti
Anda bersetuju tanpa batal untuk menanggung rugi dan menanggung rugi Takaful Malaysia daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk apa-apa bayaran guaman yang mungkin ditanggung oleh Takaful Malaysia berhubung dengan atau berpunca daripada (1) penggunaan atau penyalah guna laman web ini dan perkhidmatan yang disediakan, atau (2) pelanggaran terma dan syarat pada masa-masa tertentu atau (3) perlanggaran hak intelektual atau tuntutan terhadap perlanggaran hak intelektual yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap Takaful Malaysia berkaitan dengan penggunaan anda dalam laman web ini.

Penamatan
Takaful Malaysia berhak untuk menamatkan dan atau menggantung akses anda kepada laman web ini dan/atau pengunaan anda dalam laman web ini pada bila-bila masa, untuk apa jua alasan. Terutamanya, dan tanpa pengehadan, Takaful Malaysia boleh menamatkan dan/atau menggantung akses anda sekiranya anda melanggar mana-mana terma dan syarat , atau melanggar hak Takaful Malaysia, mana-mana pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga.

Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma dan syarat dikawal oleh dan seharusnya ditafsir menurut undang-undang Malaysia. Dengan mengakses laman web ini dan/atau mengguna perkhidmatan yang disediakan oleh Takaful Malaysia, anda bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia dalam semua pertikaian yang berpunca daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.

Takaful Malaysia tidak membuat sebarang representasi bahawa bahan, maklumat, fungsi dan/atau perkhidmatan yang disediakan di laman web ini adalah bersesuaian atau sedia untuk digunakan di bidang kuasa selain daripada di Malaysia.

Pengecualian Liabiliti
TAKAFUL MALAYSIA DAN/ATAU RAKAN-RAKAN NIAGANYA TIDAK AKAN PADA BILA-BILA MASA BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS MANA-MANA KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA DALAM KONTRAK, KESALAHAN, KECUAIAN, LIABILITI KETAT ATAS DASAR LAIN, TERMASUK TANPA BATASAN, LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, KEROSAKAN ISTIMEWA, KEBETULAN, AKIBAT DARIPADA ATAU PUNITIF, ATAU KERUGIAN KEUNTUNGAN ATAU SIMPANAN YANG BERPUNCA DARIPADA AKSES ANDA ATAU PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHAN MENGAKSES ATAU MENGGUNA LAMAN WEB INI (ATAU MANA-MANA PAUTAN PIHAK KETIGA KEPADA ATAU DARIPADA LAMAN WEB TAKAFUL MALAYSIA), PERGANTUNGAN KEPADA MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI DALAM LAMAN WEB INI, MANA-MANA DAN APA JUA KEGAGALAN TEKNIKAL, PERKAKASAN ATAU PERISIAN, GANGGUAN, KESILAPAN, KELEWATAN DALAM OPERASI, VIRUS KOMPUTER ATAU SEBALIKNYA. KLAUSA PENGECUALIAN INIAKAN BERKUAT KUASA DENGAN SEPENUHNYA SEPERTIMANA DIBENARKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

Lain-lain
Kegagalan Takaful Malaysia untuk menjalankan atau menguatkuasa mana-mana hak atau peruntukan terma dan syarat ini bukan merupakan satu penepian hak atau peruntukan. Sekiranya mana-mana terma dan syarat didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang tertentu, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan akan digantikan dengan peruntukan yang sah, boleh berkuatkuasa yang menepati niat peruntukan asal dan baki peruntukan terma dan syarat lain akan berlangsung dengan sepenuhnya dan secara berkesan.

 
Penyata Keselamatan | Terma dan Syarat | Peta Laman

Hakcipta © Syarikat Takaful Malaysia Berhad 2012. Semua Hakcipta Terpelihara.
Rakan kongsi kami: