Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​

Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan

Pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan kanan komited menginsankan hasil kewangan pengguna yang baik kepada pelanggan. Kami percaya di dalam membina jalinan hubungan jangka panjang dan saling menguntungkan bersama pelanggan. Piagam ini menjelaskan komitmen kami dalam menawarkan standard keadilan yang tertinggi bagi setiap urusan bersama pelanggan.

Untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan kewangan pelanggan:

No. Komitmen Tahap Perkhidmatan
1 Kami komited untuk mengamalkan perniagaan yang adil di dalam budaya korporat dan nilai teras institusi kami
  1. Kami akan memastikan kakitangan dan pengantara dilatih berdasarkan nilai teras dan kelakuan serta tingkah laku yang dikehendaki untuk menyampaikan perkhidmatan yang adil kepada pelanggan;
  2. Kami akan menetapkan standard minimum untuk amalan perniagaan yang adil apabila berurusan dengan pelanggan. Ini termasuk menawarkan perkhidmatan atau produk kewangan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan serta memelihara kerahsiaan maklumat pelanggan;
  3. Kami akan melatih kakitangan dan pengantara untuk memberikan nasihat dan cadangan yang berkualiti kepada pelanggan;
  4. Kami mengambil serius serta memberi maklum balas konstruktif segera terhadap setiap maklum balas dan aduan pelanggan.
2 Kami komited untuk memastikan pelanggan mendapat terma yang adil
  1. Kami akan memastikan bahawa terma kontrak atau perjanjian kami adalah adil, telus, dan disampaikan dengan jelas kepada pelanggan;
  2. Kami akan memastikan bahawa terma dan syarat yang dinyatakan menetapkan hak, liabiliti dan obligasi dengan jelas dan sejauh mungkin dalam bahasa yang mudah;
  3. Kami akan memastikan bahawa terma dan syarat kontrak atau perjanjian tidak diubah tanpa pemberitahuan kepada pelanggan terlebih dahulu.
3 Kami komited untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat yang jelas, relevan dan terkini mengenai perkhidmatan dan produk kewangan
  1. Kami akan menyediakan maklumat relevan dan tepat kepada pelanggan dalam helaian penerangan produk;
  2. Kami akan mendedahkan ciri utama produk, yuran dan caj, risiko dan manfaat dengan jelas dan ringkas;
  3. Kami akan memastikan terma kritikal dimaklumkan dan dijelaskan kepada pelanggan.
4 Kami komited memastikan kakitangan dan pengantara kami menjalankan tugas dengan teliti, berkemahiran dan tekun apabila berurusan dengan pelanggan
  1. Kami akan menjalankan jualan, pengiklanan dan pemasaran perkhidmatan kewangan dan produk kami dengan integriti dan tiada maklumat palsu atau ditokok tambah;
  2. Kami akan mengelak atau mendedahkan secara jelas konflik berkepentingan sebenar atau yang berpotensi;
  3. Kami akan melaksanakan langkah-langkah termasuk penyeliaan dan pemantauan, untuk memastikan bahawa kakitangan dan pengantara kami menjalankan tugas dan tanggungjawab selaras dengan standard etika profesional;
  4. Kami akan memastikan di dalam penanda aras prestasi kakitangan perkara berkaitan perlakuan adil kepada pelanggan diambil kira serta dicapai. ​​​