Anda adalah keutamaan kami. Wakil Khidmat Pelanggan kami bersedia untuk menjawab semua pertanyaan anda. Hubungilah kami melalui mana-mana saluran yang ada.
Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan cawangan terbaharu di IFiC Sepang, Selangor yang akan mula beroperasi pada 15 Oktober 2018. Langkah ini mencerminkan usaha syarikat untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan kepada pelanggan kami dan ini merupakan Pusat IFiC yang ketujuh bagi keluarga Takaful Malaysia.
Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun, kami akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memberi nilai tambah kepada para pelanggan. Cawangan di IFiC Sepang ini diterajui oleh:-
Kunjungi cawangan terbaharu ini dan jadikan kami pilihan utama insurans anda.
Terima kasih.
Pelanggan Yang Dihormati,
Anda dinasihatkan untuk MENOLAK sebarang tawaran yang ditawarkan oleh mana-mana pihak yang menawarkan pinjaman peribadi mudah dengan skim perlindungan takaful terutamanya melalui platform media sosial. Jangan membuat sebarang bayaran untuk skim perlindungan Takaful dalam talian apabila ditawarkan dengan kemudahan pinjaman peribadi.
Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Negara Malaysia (BNM), BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my untuk melaporkan sebarang tawaran yang mencurigakan berkaitan dengan permohonan pinjaman peribadi.
Terima kasih.