Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Accident Assist

Accident Assist, yang disediakan oleh industri insurans dan takaful Malaysia, merupakan perkhidmatan awam baharu yang diperkenalkan kepada orang ramai yang memerlukan khidmat bantuan jalan raya dengan segera sekiranya berlaku kemalangan. Accident Assist juga akan menjawab pertanyaan asas atau umum berhubung dengan polisi/ sijil motor. Talian teleperkhidmatan khas ini dikendalikan 24 jam sehari oleh pegawai-pegawai khidmat pelanggan.

Accident Assist boleh membantu anda dengan:

  • Menyediakan talian bantuan 24 jam sehari / 7 hari seminggu
  • Membantu anda mendapatkan perkhidmatan tunda di bengkel yang dibenarkan
  • Menyediakan maklumat dan menjawab pertanyaan asas atau umum yang anda mungkin ada mengenai tuntutan insurans motor/takaful.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:
Pengenalan: Accident Assist
Soalan Kerap Ditanya mengenai Accident Assist
Apakah Panduan Tuntutan Motor​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​