Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Cukai Perkhidmatan

Notis Penting Mengenai Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (ST)

Pelanggan yang Dihargai,

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan pada kadar enam (6) peratus berkuat kuasa 1 September 2018.

Sehubungan itu, Cukai Perkhidmatan tersebut akan dikenakan terhadap produk-produk yang berikut.

  1. Produk Takaful Keluarga yang ditawarkan kepada organisasi perniagaan; dan
  2. Produk Takaful Am yang ditawarkan kepada organisasi perniagaan atau individu kecuali produk Takaful Perubatan yang ditawarkan kepada individu.

Takaful Malaysia berhak untuk membuat kutipan daripada pelanggan bagi amaun yang bersamaan dengan Cukai Perkhidmatan yang perlu dibayar untuk sumbangan yang berkaitan dalam tempoh perlindungan. Di dalam keadaan di mana tempoh perlindungan sijil berkuat kuasa lebih awal tetapi tamat selepas 1 September 2018, kami akan membuat kutipan amaun yang bersamaan dengan Cukai Perkhidmatan yang perlu dibayar untuk sumbangan terpakai yang akan dikira secara pro-rata bermula dari 1 September 2018.

Tanggungjawab anda untuk membayar Culai Perkhidmatan adalah seperti yang termaktub di bawah undang-undang yang meletakkan Cukai Perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan kesemua Peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

Takaful Malaysia