Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​

Model Perniagaan Kami

Model perniagaan Takaful Malaysia adalah berasaskan keperluan dan amalan Syariah. Ia telah menerima pakai kontrak Wakalah sebagai model perniagaannya.

Model ini membolehkan Takaful Malaysia menyediakan sistem agensi yang efektif dalam mengagihkan produk Takaful dengan nilai komersial yang baik dan menyediakan ganjaran yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Ejen atau perantara juga memainkan peranan penting dalam komuniti ini. Mereka memberikan kesedaran terhadap kepentingan insurans dan meyakinkan orang ramai tentang manfaatnya. Orang ramai boleh merujuk kepada perantara terlatih ini untuk nasihat dan mengesyorkan pelan-pelan yang bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing.

Di bawah model ini, Takaful Malaysia akan bertindak sebagai ‘ejen’ untuk menguruskan dana Takaful bagi pihak peserta dan berhak menerima Yuran (Perkhidmatan) Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

Model ini juga menyediakan satu konsep unik iaitu berkongsi lebihan agihan (Pulangan T​unai) ​kepada para peserta. Dengan menyumbangkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana Takaful, kedua-dua peserta dan Takaful Malaysia berhak untuk berkongsi lebihan dana, sekiranya ada.

Nota: Tabarru’ (kos insurans) bermakna sumbangan untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah dengan tujuan memupuk perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di antara para peserta.

​​​​​​​​​​​

​​​​​