Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​

Warga Korporat Yang Prihatin

Masyarakat memainkan peranan yang penting di dalam menyokong usaha Takaful Malaysia. Sebagai warga korporat yang prihatin, Takaful Malaysia akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang berkemampuan terutamanya kanak-kanak yang memerlukan kasih, sayang dan perhatian. Di Takaful Malaysia, kami akan terus menunaikan janji jenama kami ‘Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.’

Takaful Malaysia sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami dengan menyumbang kepada pelbagai pertubuhan amal dan kebajikan. Ribuan pihak yang memerlukan termasuk keluarga, masyarakat, pelajar sekolah dan mangsa bencana alam telah mendapat manfaat daripada sumbangan kami.

Di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat Takaful myJalinan, kami telah memperkenalkan dua lagi sub-jenama aktiviti CSR kami, iaitu Takaful myJalinan Kasih dan Takaful myJalinan Ilmu;

  • Takaful myJalinan Kasih menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim dan ibu tunggal.

  • Takaful myJalinan Ilmu menyokong usaha dan melengkapkan tugas pendidik dengan membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 ​​​​​​​

 

​​