Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​

​​​Dasar Keselamatan

Takaful Malaysia amat komited dalam memastikan keselamatan semua transaksi yang anda laksanakan melalui Pembaharuan Dalam Talian kami adalah selamat, terjamin dan sulit. Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direka khas untuk memastikan standard keselamatan dan tahap kerahsiaan yang paling tinggi.

Akses kepada Pembaharuan Dalam Talian
Untuk mangawal akses kepada Pembaharuan Dalam Talian kami, setiap pelanggan dikehendaki untuk memberikan antara 2 kombinasi yang berikut: :
  • Nombor Pembaharuan Sijil atau
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan atau
  • Nombor Kad Pengenalan.​

Walaupun kami mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan Pembaharuan Dalam Talian yang selamat dan terjamin, namun kami tidak mempunyai kawalan terhadap komputer yang anda gunakan untuk mengakses Pembaharuan Dalam Talian. Oleh itu, sila ambil perhatian perkara berikut:
  • Sila pastikan anda tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mengakses maklumat yang terdapat di dalam komputer anda. Sebagai langkah keselamatan tambahan kami telah memasukkan satu ciri dalam Pembaharuan Dalam Talian kami supaya anda di log keluar secara automatik sekiranya tidak ada sebarang aktiviti dikesan untuk suatu tempoh masa.
  • Pastikan peralatan yang anda gunakan tidak membenarkan aktiviti pasang telinga atau rakaman.
  • Sentiasa log keluar Pembaharuan Dalam Talian kami sebelum melawat laman Internet lain atau apabila anda selesai dengan transaksi anda.
  • Jangan hantar maklumat berkenaan akaun anda melalui e-mel.

Keselamatan Storan dan Perlindungan Data
Untuk memastikan keselamatan storan dan perlindungan data, semua maklumat yang dihantar melalui Internet disulitkan menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL) bersekuriti 40-bit dan 128-bit. SSL menggunakan sijil digital dan merupakan cara selamat untuk pemindahan maklumat antara dua komputer di Internet.

Keselamatan dan Pemantauan Sistem
Takaful Malaysia menggunakan kombinasi langkah-langkah keselamatan dan pemantauan sistem untuk transaksi Pembaharuan Dalam Talian:
  • Sistem Firewall, penyulitan data yang kukuh, perlindungan anti-virus dan sistem pengawasan keselamatan sepanjang masa untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti menyalahi undang-undang ke atas sistem rangkaian kami.
  • Kajian keselamatan pada sistem kerap kali dilaksanakan oleh Audit Sistem Dalaman kami serta pakar keselamatan luaran.
  • Kerjasama dengan vendor/pengeluar utama untuk mengikuti perkembangan teknologi keselamatan maklumat dan melaksanakannya di mana perlu. ​​​