Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​​​

DASAR KELESTARIAN ​​

Sebagai perintis penyedia perkhidmatan kewangan untuk takaful, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) dan syarikat subsidiarinya berusaha untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Kami komited dalam usaha untuk menegakkan prinsip-prinsip Syariah dalam menjalankan perniagaan dan aktiviti sosial sejajar dengan visi Syarikat untuk menjadi “Pilihan Utama Insurans”:

• PASARAN

Kami komited dalam usaha untuk mengukuhkan tadbir urus Syariah, mengamalkan falsafah yang mengutamakan pelanggan untuk memberikan perkhidmatan cemerlang dan mewujudkan kefahaman di dalam bidang produk takaful yang berlandaskan Syariah.

• TEMPAT KERJA

Kami beraspirasi untuk menjadi majikan pilihan dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, pendidikan dan pembangunan bakat yang berterusan, menggalakkan sukarelawan dan menguruskan aset yang paling berharga iaitu kakitangan kami.

• MASYARAKAT

Kami memfokuskan usaha ke arah memperkayakan masyarakat yang memerlukan, melalui pendidikan, pembangunan sosial dan ekonomi, pengurangan kemiskinan serta bantuan kemanusiaan.

• ALAM SEKITAR

Kami memperjuangkan pemuliharaan dan perlindungan terhadap alam sekitar serta mendidik rakan-rakan perniagaan tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

​​​​​​​​​​​

​​​​​