Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

​​​​Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT YANG BERIKUT ADALAH BERKAITAN AKSES DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB INI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD, YANG BOLEH DIPINDA OLEH SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD DARI MASA KE SEMASA. DENGAN MENGAKSES MANA-MANA HALAMAN LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNA PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT TANPA HAD ATAU KELAYAKAN. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI DAN/ATAU PERKHIDMATANNYA DENGAN SERTA-MERTA.

PENGGUNAAN LAMAN WEB INI DAN / ATAU PERKHIDMATAN INI ADALAH DITADBIR DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI. SILA PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SYARAT-SYARAT INI SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN / ATAU PERKHIDMATAN INI

Am
Istilah "Takaful Malaysia" yang digunakan di dalam terma dan syarat ini merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.

Terma dan syarat ini bertujuan untuk mengawal akses anda ke laman web ini dan hendaklah dibaca bersama dengan terma dan syarat yang mengawal mana-mana transaksi, produk dan atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman web ini.

Maklumat yang disediakan di laman web ini bukan untuk tujuan pengedaran kepada, atau diguna oleh, mana-mana orang atau entiti dalam mana-mana bidang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaannya bertentangan dengan undang-undang atau peraturan atau yang akan menyebabkan Takaful Malaysia atau subsidiari atau syarikat sekutu kepada keperluan pendaftaran dalam bidang kuasa atau negara itu.

Maklumat atau pendapat yang terkandung dalam laman web ini tidak merupakan permintaan atau tawaran oleh Takaful Malaysia untuk membeli atau menjual mana-mana produk, perkhidmatan, sekuriti, opsyen, nasihat kewangan lain, memberi apa-apa nasihat pelaburan atau kewangan atau mengajak untuk mengikat kontrak atau persetujuan secara sah. Sebarang kontrak atau perjanjian yang terikat hendaklah dipersetujui bersama antara kedua belah pihak apabila melanggan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Produk dan perkhidmatan yang dinyatakan dalam laman web ini ditawarkan hanya kepada penduduk yang menetap di Malaysia sahaja. Kelayakan untuk sebarang produk atau perkhidmatan dan apa-apa serahan adalah merupakan tawaran semata-mata oleh anda yang tertakluk kepada penentuan muktamad dan penerimaan Takaful Malaysia.

Terma dan syarat untuk penggunaan dan akses dan maklumat yang dipaparkan di laman web ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa tanpa notis. Takaful Malaysia tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat di laman web ini untuk menunjukkan perubahan keadaan di mana maklumat itu mungkin berbeza daripada maklumat yang diterbitkan sebelum ini.

Penafian
Bahan dan maklumat dalam laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau lain-lain, disediakan oleh Takaful Malaysia atas dasar “seperti adanya” dan “sebagaimana tersedia”. Rujukan yang dibuat kepada bahan dan maklumat di laman web ini adalah termasuk bahan dan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga.

Setakat yang dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang yang diguna pakai, Takaful Malaysia tidak membuat dan jika berkenaan, menafikan sebarang waranti, representasi atau endorsemen yang nyata atau tersirat termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa waranti hakmilik, pelanggaran, kebolehdagangan, kebergunaan, operasi, ketepatan, kualiti yang memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan laman web, bahan, maklumat dan/atau fungsi di dalamnya dan dengan jelas menafikan liabiliti untuk kesilapan dan ketinggalan dalam bahan, maklumat dan / atau fungsi sedemikian. Tanpa menjejaskan perkara di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan yang mengawal semua produk dan perkhidmatan Takaful Malaysia, langkah-langkah munasabah akan diambil oleh Takaful Malaysia untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkenaan transaksi dan produk Takaful.

Takaful Malaysia selanjutnya tidak menjamin atau menggambarkan bahawa akses ke seluruh atau sebahagian laman web ini, perkhidmatan, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya akan diberikan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau tidak akan ada kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantar, bahawa tidak ada virus atau ciri-ciri lain yang mencemarkan atau merosakkan akan dihantar atau tiada kerosakan akan berlaku kepada sistem komputer anda. Walau bagaimanapun, kecacatan yang dikenal pasti (jika ada) akan ditangani segera untuk memastikan bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya adalah tepat.

Bahan, maklumat dan fungsi dalam laman web ini tidak boleh, dalam apa juga keadaan, dianggap atau ditafsirkan sebagai tawaran atau permintaan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, mengeluarkan, memperuntukkan atau memindahkan, atau sebagai nasihat berhubung dengan saham, stok, bon, nota, faedah, amanah saham, dana bersama atau lain-lain sekuriti, pelaburan, pinjaman, pendahuluan, kredit atau deposit dalam mana-mana bidang kuasa.

Anda akan bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kepadaan, kesempurnaan, kesemasaan dan kegunaan semua perkhidmatan, kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang diperoleh atau diakses melalui laman web; selanjutnya anda perlu mendapatkan nasihat profesional setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas tentang bahan dan maklumat yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersil berdasarkan bahan atau maklumat tersebut.

Penggunaan Pautan
Pautan daripada atau kepada laman web di luar laman web ini adalah untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu bukan di bawah kawalan Takaful Malaysia. Oleh yang demikian, Takaful Malaysia tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan memberi jaminan berkenaan dengan kandungan laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan di dalamnya mahupun produk dan perkhidmatannya.

Di samping itu, pautan yang diberikan dalam laman web ini tidak akan dianggap sebagai endorsemen atau pengesahan atau kelulusan untuk laman web yang dipautkan dan kandungan dalamnya. Pautan kepada mana-mana laman web lain adalah atas risiko anda sendiri dan Takaful Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian berhubung dengan pautan sedemikian. Anda dinasihatkan untuk membaca penyataan polisi privasi (jika ada) mana-mana laman web yang dipautkan dengan laman web ini.

Penggunaan Boleh Terima
Penggunaan laman web dan/atau perkhidmatan dan apa-apa kandungan dan maklumat pengguna yang dihantar berkaitan dengan laman web ini terhad kepada fungsi yang dipertimbangkan. Anda bersetuju bahawa penggunaan laman web dan/atau perkhidmatan dan sebarang kandungan akan dan mesti mematuhi syarat-syarat ini dan polisi Takaful Malaysia. Dalam apa keadaan tidak mungkin laman web dan/atau perkhidmatan digunakan dengan cara yang: -

i) mengganggu, menyalahguna, menghendap, mengancam, mencela atau sebaliknya melanggar hak undang-undang pihak mana;
ii) menipu, cuai, menyalahi undang-undang atau penipuan;
iii) menggunakan teknologi atau cara lain untuk mengakses laman web ini, perkhidmatan yang disediakan di sini atau kandungan;
iv) melancarkan sistem automatik untuk mengakses laman web ini dan isinya;
v) gagal mematuhi terma pihak ketiga dengan munasabah dan sesuai;
vi) percubaan untuk mendapatkan akses ke rangkaian atau akaun pengguna Takaful Malaysia;
vii) menggalakkan, mempromosikan atau menginduksi kelakuan yang akan menjadi suatu kesalahan jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil;
viii) percubaan untuk merosakkan, melumpuhkan atau mengatasi atau merosakkan pelayan atau rangkaian Takaful Malaysia; atau
ix) percubaan untuk memperkenalkan virus atau sebarang kod komputer, fail atau program yang mengganggu, memusnahkan atau menghadkan fungsi sebarang perkakasan atau perisian komputer atau peranti telekomunikasi.


Takaful Malaysia berhak untuk menamatkan mana-mana lesen pengguna, menghapuskan kandungan, menggantung atau menyekat kebolehcapaian atau menegaskan apa-apa tindakan undang-undang berkenaan dengan kandungan atau penggunaan laman web, mengikut budi bicara mutlaknya di mana Takaful Malaysia percaya terdapat pelanggaran terhadap penggunaan yang boleh diterima dan terma dan syarat di sini. Walau apa pun, apa-apa kelewatan atau kegagalan dalam mengambil tindakan sedemikian tidak akan menjadi penepian hak-hak Takaful Malaysia yang dinyatakan di sini.

Hak Cipta
Melainkan dinyatakan sebaliknya, hak cipta laman web ini dan kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail suara, fail animasi, fail video, dan susunannya, adalah milik Takaful Malaysia, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa. Tidak ada bahagian dalam laman web ini yang boleh dipinda, disalin, diedar, dihantarkan semula, disiarkan, dipaparkan, dilaksanakan, dihasikan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan secara komersil dalam apa-apa cara tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Takaful Malaysia.

Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Takaful Malaysia, memasukkan pautan kepada laman web ini ke dalam mana-mana laman web, bingkai lain atau memberi gambaran serupa untuk bahan yang terkandung dalam laman web ini pada mana-mana pelayan yang lain.

Mana-mana penghasilan semula, penghantaran semula atau salinan atau pindaan yang tidak diizinkan kepada mana-mana kandungan laman web Takaful Malaysia mungkin melanggar hak undang-undang berkanun atau common law yang mungkin tertakluk kepada tindakan undang-undang.

Takaful Malaysia menafikan semua tuntutan liabiliti yang mungkin timbul daripada penghasilan semua yang tidak diizinkan atau daripada penggunaan kandungan laman web Takaful Malaysia.

Tanda Dagangan
Semua tanda dagangan, tanda khidmat, dan logo yang terpapar di laman web ini adalah milik Takaful Malaysia dan/atau pemilik pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam laman web ini.

Melainkan kebenaran bertulis telah diperolehi terdahulu daripada Takaful Malaysia atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan untuk mana-mana tanda dagangan, tanda khidmat atau logo yang dipaparkan di laman web, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web itu untuk menggunakan, memuat turun, menghasilkan semula, menyalin atau membuat pindaan kepada tanda dagangan, tanda khidmat atau logo tersebut. Begitu juga, melainkan kebenaran bertulis telah diperolehi terdahulu daripada Takaful Malaysia atau pemilik yang berkenaan, tiada tanda dagangan, tanda khidmat atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan pautan lain ke laman Takaful Malaysia atau mana-mana laman web lain.

Indemniti
Anda dengan ini bersetuju tidak boleh batal untuk melindungi dan kekal melindungi Takaful Malaysia dari segala liabiliti, tuntutan, kerugian, perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh Takaful Malaysia berkenaan dengan atau yang timbul daripada (1) penggunaan atau penyalahgunaan anda terhadap laman web ini dan perkhidmatan yang diberikan dalamnya, atau (2) pelanggaran terma dan syarat, atau (3) hak milik intelektual atau tuntutan pelanggaran hak pemilik yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap Takaful Malaysia berkenaan pengunaan anda dalam laman web ini.

Penamatan
Takaful Malaysia berhak untuk menamatkan dan/atau menggantung akses untuk ke laman web ini dan/atau penggunaan anda dalam laman web ini pada bila-bila masa, atas apa jua sebab. Terutamanya, tanpa had, Takaful Malaysia boleh menamatkan dan/atau menggantung akses anda sekiranya anda melanggar mana-mana terma dan syarat, atau melanggar hak Takaful Malaysia, atau mana-mana pengguna lain, atau mana-mana pihak ketiga.

Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma dan syarat dikawal oleh dan adalah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Dengan mengakses laman web ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Takaful Malaysia di sini, anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia untuk semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.

Takaful Malaysia tidak membuat sebarang representasi bahawa bahan, maklumat, fungsi dan/atau perkhidmatan yang diberikan dalam laman web ini adalah sesuai atau sedia digunakan dalam bidang kuasa yang selain daripada Malaysia.

Pengecualian Liabiliti
TAKAFUL MALAYSIA DAN/ATAU RAKAN-RAKAN NIAGANYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA CARA SEKALIPUN UNTUK SEBARANG KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG TIMBUL SAMA ADA DARIPADA KONTRAK, TORT, KECUAIAN, LIABILITI KETAT ATAU ATAS DASAR LAIN, TERMASUK TANPA HAD, GANTI RUGI LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU PUNITIF, ATAU KERUGIAN KEUNTUNGAN ATAU SIMPANAN YANG TIMBUL BERKAITAN AKSES ANDA ATAU PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHAN UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNA LAMAN WEB INI (ATAU MANA-MANA PAUTAN PIHAK KETIGA KEPADA DAN DARIPADA LAMAN WEB TAKAFUL MALAYSIA), KEBERGANTUNGAN KEPADA MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM LAMAN WEB INI, SEBARANG KEGAGALAN TEKNIKAL, PERKAKASAN ATAU PERISIAN, GANGGUAN, KESILAPAN, PENINGGALAN, KELEWATAN DALAM PENGENDALIAN, VIRUS KOMPUTER ATAU SEBALIKNYA. KLAUSA PENGECUALIAN INI AKAN BERKUAT KUASA SEPENUHNYA SEPERTI YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

Lain-lain
Kegagalan Takaful Malaysia untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat tidak merupakan suatu pengecualian hak atau peruntukan tersebut. Sekiranya mana-mana bahagian terma dan syarat ini ditentukan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan menurut sebarang undang-undang yang diguna pakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan itu akan dianggap telah digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang paling hampir menyamai tujuan peruntukan asal dan baki peruntukan terma dan syarat lain akan terus berkuat kuasa dengan sepenuhnya.

Sebarang hak yang tidak dinyatakan disini adalah terpelihara.










​​