Definisi
OD-KFK adalah tuntutan Own Damage Knock for Knock (OD-KFK) sekiranya berlaku kemalangan kenderaan dan bukan disebabkan kesalahan peserta, anda boleh membuat tuntutan OD-KFK terhadap perlindungan komprehensif takaful/insurans sendiri tanpa menjejaskan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan lebih cepat.
Berdasarkan perjanjian di antara dua syarikat takaful/insurans di mana apabila peserta/ pemegang sijil bagi kedua-dua syarikat mengalami kerugian/kehilangan/kerosakan di dalam kejadian sama yang dilindungi (selalunya kemalangan motor); setiap pengendali takaful/insurans akan menanggung kerugian yang dialami oleh peserta/pemegang sijil mereka sendiri tanpa mengambil kira pihak yang didapati bersalah.
Nota: Ini ditentukan oleh keadaan kemalangan dan juga melalui Keputusan Siasatan Polis. Peserta harus memastikan pihak ketiga mempunyai perlindungan takaful /insurans bagi membolehkan tuntutan OD-KFK dibuat. Tuntutan OD-KFK tidak terpakai bagi kenderaan yang mengutip sewa dan tambang seperti teksi, bas dan kereta sewa.
Dokumen yang diperlukan:
-
Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
- Salinan Laporan Polis
- Salinan Polis Saman (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
- Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
- Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
- Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan
- Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 - hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)
Dokumen Tambahan:
- Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga
- Gambarajah Kemalangan oleh pihak polis
- Keputusan Siasatan Polis
- Carian JPJ perlindungan takaful/insuran pihak ketiga
- Surat akuan dari peserta yang telah ditandatangan