Apa itu JomPAY?
JomPAY adalah kaedah pembayaran baru yang dipelopori oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibangunkan oleh PayNet (anak syarikat milik penuh BNM) sebagai inisiatif pembayaran nasional. Dengan JomPAY, pelanggan daripada 42 bank-bank di Malaysia dengan mudah boleh membuat sebarang bayaran termasuk sumbangan Takaful menggunakan kad kredit atau akaun bank. Perkhidmatan ini boleh didapati melalui perbankan internet dan perbankan telefon mudah alih.
Kenapa JomPAY?
JomPAY adalah
Menyenangkan,
Cepat,
Mudah dan
Percuma.
√ Menyenangkan – Anda boleh membuat bayaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai akses kepada internet
√ Pantas – Anda boleh menjimatkan masa dan tidak perlu meninggalkan rumah atau beratur panjang untuk berurusan di cawangan kami.
√ Mudah – Anda boleh menetapkan bayaran pilihan anda seperti pembayaran secara automatik pada masa yang sama setiap bulan
√ Percuma – Tiada sebarang caj dikenakan
Produk Anda boleh membuat pembayaran caruman takaful anda melalui JomPAY untuk produk-produk Takaful Keluarga Individu yang berikut sahaja:
1. Takaful
myHealth Protector
2. Takaful
myGenLife
3. Takaful Keluarga Pendidikan
4. Takaful Keluarga
5. Takaful Dana Pekerja
6. Takaful
myDana Invest
7. Takaful
myGemilang
8. Takaful
myImpian
9. Takaful
mySinar
10. Takaful
mySiswa
11. Takaful Sihat
12. Takaful Siswa
13. Takaful Waqaf
14. Takaful Wiladah
15. Takaful Ziarah
Di mana boleh saya dapatkan Biller Code JomPAY?
Biller Code Takaful Malaysia adalah
7997. Anda boleh dengan mudah mendapatkan maklumat ini dengan merujuk notis-notis yang dihantar kepada anda.
Bagaimana saya boleh membuat bayaran sumbangan saya kepada Takaful Malaysia melalui JomPAY?
Asalkan anda telah mendaftar dengan perkhidmatan perbankan internet yang telah disediakan oleh bank masing-masing, anda boleh dengan mudah menggunakan kemudahan JomPAY untuk membayar bil-bil anda. Untuk pembayaran sumbangan melalui JomPAY, anda dikehendaki untuk memasukkan
Biller Code Takaful Malaysia beserta nombor unik bagi Ref-1 & Ref-2 seperti yang dinyatakan dalam notis anda.
Soalan yang Sering Ditanya mengenai JomPAY
1. Apakah JomPAY?
JomPAY adalah satu inisiatif pembayaran nasional yang disokong oleh Bank-Bank di Malaysia, untuk membolehkan pembayaran bil dalam talian di seluruh Malaysia. PayNet, sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia adalah organisasi yang mengendalikan JomPAY.
2. Apa yang boleh JomPAY lakukan untuk saya?
Dengan JomPAY, anda boleh membayar bil-bil melalui Internet atau Perbankan Mudah Alih menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa atau Kad Kredit. Ia cepat, selamat, dan mudah.
3. Adakah JomPAY percuma?
Ya, perkhidmatan JomPAY ini adalah PERCUMA kepada pelanggan.
4. Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?
Tiada pendaftaran diperlukan bagi menikmati perkhidmatan JomPAY.
5. Bagaimana saya boleh membayar dengan JomPAY?
1. Daftar
Anda perlu mendaftar dengan Bank anda untuk kemudahan perbankan internet sebelum anda menggunakan kemudahan JomPAY.
2. Layari Dalam Talian
Log masuk ke Internet atau portal Perbankan Mudah Alih pilihan anda dan cari lambang JomPAY.
3. Bayar
Masukkan Kod Bil JomPAY: 7997, diikuti oleh Nombor Ref-1 & Ref-2 dan jelaskan pembayaran anda dengan menggunakan Akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit.