Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​​​

​​Takaful myCI Cover 

Membantu Meringankan Beban Kewangan Anda untuk Penyakit Kritikal

Penyakit serius seperti kanser, penyakit jantung atau kegagalan buah pinggang boleh berlaku tanpa dijangka. Anda akan memerlukan dana yang mencukupi bagi mendapatkan rawatan awal supaya peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi dan anda juga harus bersedia untuk menghadapi perubahan yang tidak dijangka dari segi gaya hidup, kewangan dan emosi. Memperkenalkan Takaful myCI Cover yang akan membantu memberikan ketenangan fikiran untuk keluarga anda!

Secara ringkas tentang Takaful myCI Cover

  1. Perlindungan daripada 39 penyakit kritikal
    Perlindungan daripada 39 penyakit kritikal yang akan memberikan anda dana yang diperlukan bagi rawatan awal supaya dapat meringankan beban kewangan dan memberi peluang untuk sembuh yang lebih tinggi.

  2. Tempoh perlindungan yang fleksibel berdasarkan keperluan anda 
    Pilih tempoh perlindungan yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan kewangan anda, sama ada untuk tempoh 10 atau 20 tahun.

  3. Proses permohonan yang mudah tanpa pemeriksaan kesihatan
    Hanya lengkapkan borang permohonan dengan soalan kesihatan bersama dengan bayaran caruman. Staf kami bersedia membantu anda dengan serta merta.

Siapa yang layak memohon? 
Pelan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 19 tahun hingga 45 tahun pada hari lahir yang akan datang.

Bagimanakah saya boleh sertai pelan ini? 
  1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan terlebih dahulu, kemudian kunjungi ibu pejabat kami untuk menghantar permohonan anda.

    Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad 
    Menara Takaful Malaysia, 
    No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 
    50000 Kuala Lumpur. ​

    ATAU 

  2. Kunjungi cawangan kami yang berdekatan untuk melengkapkan permohonan anda.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut?​
Muat turun dokumen-dokumen berikut untuk maklumat lanjut:
  1. Aplikasi Penilaian Diri  
  2. Borang Cadangan
  3. Helaian Penerangan Produk
  4. Sijil
  5. Soalan Lazim Ditanya
  6. Risalah

Nota: 
Pelan ini diedarkan tanpa perantara. Anda hendaklah merujuk kepada Sijil untuk terma dan syarat yang terperinci mengenai pelan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel ke csu@takaful-malaysia.com.my atau hubungi kami di 1-300 88 252 385. ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​