Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-
​​​​

​​Takaful myTerm 

Perlindungan Mampu Milik untuk Mas​a De​​pan Keluarga Anda 

Mempunyai perlindungan bertempoh mungkin merupakan langkah yang paling penting untuk melindungi masa depan keluarga anda. Takaful myTerm kami merupakan pilihan perlindungan terbaik dengan mengikut keperluan dan bersesuaian dengan bajet anda.

Takaful myTerm memberikan anda manfaat berikut:

  1. Perlindungan kewangan daripada peristiwa yang tidak dijangka
    Anda boleh memilih jumlah perlindungan dari RM50,000 hingga RM500,000. Ini akan membantu meringankan beban kewangan orang yang tersayang dengan pembayaran sekali gus yang disediakan oleh Takaful myTerm jika berlaku kematian atau KMK.

  2. Tempoh perlindungan fleksibel berdasarkan keperluan anda 
    Pilih tempoh perlindungan anda yang sesuai dengan keadaan dan keperluan kewangan anda sama ada untuk tempoh 10 atau 20 tahun.

  3. Proses permohonan mudah dengan pembayaran menggunakan kad kredit / debit
    Hanya lengkapkan borang permohonan beserta soalan kesihatan. Staf kami bersedia membantu anda dengan serta merta.

Siapa yang layak memohon? 
Pelan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 19 tahun hingga 45 tahun pada hari lahir yang akan datang.

Bagimanakah saya boleh sertai pelan ini? 
  1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan terlebih dahulu, kemudian kunjungi ibu pejabat kami untuk menghantar permohonan anda.

    Syarikat Takaful Malaysia Keluarga ​Berhad 
    Menara Takaful Malaysia, 
    No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 
    50000 Kuala Lumpur. ​

    ATAU 

  2. Kunjungi cawangan kami yang berdekatan untuk melengkapkan permohonan anda.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut?​
Muat turun dokumen-dokumen berikut untuk maklumat lanjut:
  1. Aplikasi Penilaian Diri  
  2. Borang Cadangan
  3. Helaian Penerangan Produk
  4. Sijil
  5. Soalan Lazim Ditanya
  6. Risalah

Nota: 
Pelan ini diedarkan tanpa perantara. Anda hendaklah merujuk kepada Sijil untuk terma dan syarat yang terperinci mengenai pelan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel kami di csu@takaful-malaysia.com.my atau hubungi kami di 1-300 88 252 385. ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​