Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Takaful myMortgage

Memiliki rumah kediaman sendiri adalah impian semua orang - satu tempat di mana orang yang kita sayangi berasa selamat dan dilindungi. Membeli rumah merupakan satu detik penting dalam kehidupan seseorang dan ia adalah penting untuk kita mengambil langkah bagi memastikan bukan hanya sekarang, tetapi masa hadapan kita turut dilindungi.

Dengan Takaful myMortgage, anda boleh melindungi rumah dan keluarga anda daripada perkara yang tidak dijangka, supaya mereka tidak akan dibebani dengan pembayaran balik gadai janji atau berhadapan dengan kemungkinan kehilangan rumah mereka.

Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan kemudahan pembiayaan/pinjaman adalah layak untuk memohon pelan ini. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut tempoh, menjadikan ia pilihan yang tepat untuk perlindungan pembiayaan jangka panjang.

​​​