Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA)

Memandangkan caj Hospital dan Pembedahan yang semakin meningkat, Skim ini telah direka khas untuk mengurangkan beban kewangan majikan terhadap pekerja asing sekiranya berlaku penghospitalan bagi pekerja asing akibat kemalangan atau penyakit ke Hospital Kerajaan Malaysia yang bukan dikorporatkan.​​

Mereka yang layak untuk perlindungan di bawah Skim ini adalah pekerja asing semasa dan masa depan yang bekerja sepenuh masa dengan pemilik sijil, dari umur lapan belas (18) hingga lima puluh sembilan (59) tahun, yang terlibat secara aktif di tempat kerja biasa pada tarikh mereka layak untuk menyertai Skim ini.

Jadual manfaat (untuk mana-mana satu keilatan):

PERKARA MANFAAT AMAUN(RM)
1 (a) Bilik Hospital dan Makan Harian (Maksimum sehingga 30 hari) Sebagaimana menurut bayaran yang selaras dengan Bilik dan Makan Kelas Ketiga (ke-3) sehingga maksimum RM160.00 sehari di Hospital Kerajaan Malaysia bukan dikorporatkan mengikut Akta Yuran 1951, Perintah Yuran (Perubatan) 1982
1 (b) Unit Rawatan Intensif (ICU) (maksimum sehingga 15 hari)
2 Bekalan dan Khidmat Hospital
3 Bilik Bedah
4 Yuran Pembedahan (Tidak termasuk pemindahan organ)
5 Yuran Pakar Bius
6 Lawatan pakar perubatan dalam hospital
7 Lawatan pakar perunding dalam hospital
(Maksimum sehingga 30 hari)
8 Yuran ambulans atau yuran laporan perubatan
Had Tahunan Keseluruhan Maksimum (Perkara 1 hingga 8) RM20,000.00
SUMBANGAN TAHUNAN: RM120.00 bagi setiap orang yang dilindungi


Brosur Produk
Helaian Penerangan Produk
Borang Cadangan

 
​​​​​​​​​