Takaful Malaysia menyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan anda yang pelbagai. Daripada perubatan, perlindungan motor takaful dan rumah sehingga ke perlindungan komersil, manfaat pekerja dan banyak lagi. Produk dan perkhidmatan kami samada untuk individu atau perniagaan memberi jaminan kualiti penjagaan dan keselamatan terbaik yang anda perlukan.
Skim ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta benda akibat kecurian semasa berada di dalam premis perniagaan atau perdagangan. Skim ini juga melindungi kerosakan kepada premis anda akibat kemasukan atau keluar secara paksa yang berlaku semasa kecurian. Walau bagaimanapun, anda sebagai pemilik perniagaan seharusnya telah mengambil bahagian dalam Pelan Takaful Kebakaran kami sebelum memohon pelan ini.