Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Takaful myFire

Takaful myFire menyediakan perlindungan untuk kerugian harta benda seperti bangunan, isi kandungan, perabot, loji, jentera serta stok.

Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan itu tidak menjalankan sebarang kerja yang berkaitan dengan gas. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT).

Selain itu, anda boleh melanjutkan perlindungan untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juru ukur dan jurutera serta penghapusan serpihan tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.

Anda boleh pilih untuk melindungi dari kerugian sewa dan peril berikut dengan sumbangan yang minimal:

  • Banjir
  • Tangki air yang pecah atau melimpah
  • Kerosakan hentaman
  • Kerosakan akibat niat jahat
  • Rusuhan dan Mogok

Di samping itu, pelanggan kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan.

​​

Helaian Penerangan Produk
Borang Cadangan
Kalkulator BCC
 
​​​​​​