Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Takaful myMotor

Takaful myMotor menyediakan perlindungan kepada kenderaan anda daripada kerugian atau kerosakan dan juga liabiliti pihak ketiga.

Terdapat 2 pilihan jenis perlindungan:

  • Perlindungan Komprehensif
    Manfaat akan dibayar untuk kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran. Tambahan, pelan ini menyediakan perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM15,000 bagi setiap pemandu dan penumpang sekiranya kematian tidak sengaja atau keilatan kekal ketika dalam perjalanan atau sedang turun daripada kenderaan. Untuk membeli melalui dalam talian, sila klik di sini.
  • Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
    Manfaat akan dibayar jika kematian, atau kecederaan badan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga, dan kerosakan kepada kenderaan atau harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Perlindungan ini terhad kepada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, letupan, kilat, pecah rumah, pencurian atau kecurian.

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh memilih perlindungan tambahan seperti berikut:

  • Kerosakan cermin hadapan
  • Perlindungan liabiliti penumpang
  • Peril khas seperti banjir, ribut angin, taufan, tanah runtuh, dll
  • Mogok, rusuhan dan kekacauan umum
  • dan banyak lagi

Kemalangan dan kerosakan kereta boleh menyebabkan anda terkandas, dan berada di dalam kekecewaan. Program Tele Bantuan 24/7 kami direka khas untuk membantu anda ketika dalam kesusahan. Anda boleh mengakses lebih 200 bengkel di seluruh negara dengan mudah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tele Bantuan, sila klik di sini.

Di samping itu, pelanggan Perlindungan Komprehensif kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.



Takaful myMotor – Helaian Penerangan Produk Motosikal.

Takaful myMotor – Helaian Pendedahan Produk Kenderaan Persendirian. ​
Takaful myMotor – Motosikal Sijil Penuh.
​Takaful myMotor – Sijil Penuh Kenderaan Persendirian.


​Borang Cadangan



​Takaful myMotor – Sijil Penuh Kenderaan Persendirian (Pihak Ketiga).

 ​
​​​​​​​​​​​​​​​​