Takaful
mySolar Protection
Dalam usaha ke arah masa depan yang mampan, sebuah pelan perlindungan terhadap semua risiko yang komprehensif dan menyokong penggunaan panel solar telah direka. Matlamat kami adalah untuk memberi ketenangan fikiran terhadap kehilangan atau kerosakan pada Panel Solar anda.
Memperkenalkan Takaful
mySolar Protection, pakej mampu milik yang menawarkan pampasan daripada minimum RM10,000 hingga maksimum RM10,000,000 sekiranya Panel Solar anda mengalami kerugian atau kerosakan akibat:
- Kebakaran dan/atau Kilat
- Kerosakan Akibat Kemalangan
- Kecurian (kemasukan secara paksa)
- Letupan
- Rusuhan, Mogok & Kerosakan Berniat Jahat
- Pesawat dan Peranti Udara Lain atau barang tercicir
- Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi
- Ribut & taufan
- Banjir
- Pecah atau melimpahnya tangki air atau paip air
- Kerugian atau Kerosakan Hentaman
- Kerosakan oleh Pokok Tumbang atau Dahan
- Penenggelaman dan gelinciran tanah
Takaful
mySolar Protection juga menawarkan manfaat tambahan yang anda boleh pilih berdasarkan keperluan anda:
Liabiliti Awam
- Kecederaan Badan kepada Pihak Ketiga;
- Kehilangan atau kerosakan kepada Harta Pihak Ketiga; dan
- Kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi semula terhadap anda.
Gangguan perniagaan
Kerugian untung kasar disebabkan gangguan perniagaan akibat kebakaran atau peril lanjutan lain yang dilindungi di bawah Semua Risiko.
Semua Risiko Pembinaan
- Kehilangan atau Kerosakan semasa memasang & membuka panel solar; dan
- Tuntutan pihak ketiga semasa memasang & membuka panel solar.
Pampasan Pekerja
Kecederaan kepada pekerja akibat kemalangan atau penyakit semasa memasang & membuka panel solar.
Takaful
mySolar Protection menawarkan fleksibiliti untuk memilih jumlah perlindungan yang berbeza. Lebih menarik, anda akan menerima diskaun istimewa jika anda adalah peserta baru atau sedia ada pelan Takaful
myHouseowners & Holders.
Siapa yang patut menyertai pelan ini?
- Pemilik Kediaman / Penyewa
- Pemilik Perniagaan / Penyewa
- Pemaju Hartanah
Bagaimana untuk menyertai pelan ini?
- Kunjungi
cawangan Takaful Malaysia terdekat
Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut?Muat turun dokumen ini