Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Takaful mySME

Takaful mySME adalah pelan komprehensif dan fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan anda. Pelan ini menawarkan pelbagai perlindungan yang merangkumi risiko khusus berkaitan perniagaan harian sementara anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan anda.

Secara Ringkas mengenai Takaful mySME:

  • Jumlah perlindungan tinggi sehingga RM50 juta untuk perlindungan Kebakaran termasuk perlindungan Keganasan.
  • Perlindungan yang lebih menarik merangkumi semua risiko, wang, kemalangan peribadi, liabiliti awam, barangan dalam transit dan lain-lain perlindungan pilihan.
  • Fleksibiliti untuk memilih jumlah perlindungan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perniagaan anda.
  • Diskaun sumbangan sehingga 30% (Tertakluk kepada Terma dan Syarat).
  • Penerimaan risiko auto bagi pekerjaan perniagaan gred 1 hingga 4 dan bangunan Kelas 1A/1B atau 2 pembinaan.

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan?


Perlindungan Asas (Wajib)
  • Kebakaran + perlindungan Keganasan (termasuk)

Perlindungan boleh diperluaskan dengan sumbangan tambahan untuk merangkumi peril tambahan seperti banjir, pecah & limpahan peralatan tangki air atau paip, dsb. ​

Manfaat Tambahan (Pilihan)

Sebagai tambahan, manfaat berikut boleh disenaraikan sebagai sebahagian daripada pakej perniagaan.

  • Kerugian Akibat Kebakaran
  • Semua Risiko
  • Kecurian/Pecah Masuk
  • Jaminan Kesetiaan
  • Semua Risiko Peralatan
  • Wang
  • Cermin Kaca
  • Kemalangan Diri Berkelompok
  • Kerosakan Mesin Jentera
  • Peralatan Elektronik
  • Liabiliti Majikan
  • Liabiliti Awam
  • Liabiliti Produk
  • Barang dalam Transit
 

 
Helaian Penerangan Produk
     
Hubungi Kami


 
​​​​​​​​