Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Semua Risiko Kontraktor

Sijil Semua Risiko Kontraktor menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain. Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus. Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal. Sijil Semua Risiko Kontraktor bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui. Sijil ini melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut.

Apa yang unik tentang kami…Pengendali Takaful yang PERTAMA dan satu-satunya di negara ini yang memberi ganjaran secara konsisten kepada para pelanggan dengan Pulangan Tunai sebanyak 15%* sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di mana-mana Takaful myCare Centre yang berhampiran.

*Tertakluk pada prestasi kewangan syarikat, potongan cukai yang terpakai & yuran perkhidmatan dan tiada tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan.

Helaian Penerangan Produk
 
​​​​​​
Borang Cadangan

​​​​