Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Peralatan Elektronik

Sijil ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk peralatan elektronik dan peralatan berkaitan dengan komputer termasuk media data luaran. Pampasan akan dibayar atas sebarang kerugian fizikal, melainkan kerugian itu dikecualikan. Barangan yang rosak atau musnah mestilah disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan tiba-tiba, di mana barangan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Perlindungan ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Kerosakan Bahan/Peralatan (Bahagian 1)

Melindungi semua pemasangan perkakasan termasuk peranti persisian dan aksesori.

Media Data Luaran (Bahagian 2)

Melindungi kos membaik pulih bagi sebarang kehilangan media data seperti cakera keras, pita dan media data luaran lain yang digunakan untuk penyimpanan maklumat berasaskan komputer.

Peningkatan Kos Kerja (Bahagian 3)

Melindungi ganti rugi bagi perbelanjaan tambahan atau kenaikan kos kerja berikutan kehilangan atau kerosakan ketara dengan membayar balik kos penyewaan peralatan sandaran.​



Helaian Penerangan Produk
 
​​​​​​​​​​​​​​