Takaful Malaysia menyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan anda yang pelbagai. Daripada perubatan, perlindungan motor takaful dan rumah sehingga ke perlindungan komersil, manfaat pekerja dan banyak lagi. Produk dan perkhidmatan kami samada untuk individu atau perniagaan memberi jaminan kualiti penjagaan dan keselamatan terbaik yang anda perlukan.
Sama seperti skim Pampasan Pekerja, liabiliti mungkin dikenakan kepada anda sebagai majikan sekiranya pekerja anda mengalami kecederaan anggota badan atau penyakit akibat kemalangan semasa bekerja. Bagi kategori pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja atau PERKESO, liabiliti disisi undang-undang masih lagi wujud dan anda boleh mendapatkan ganti rugi di bawah Liabiliti Majikan.