Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Semua Risiko Pembinaan

Sijil Semua Risiko Pembinaan menyediakan perlindungan komprehensif kepada kontraktor untuk memenuhi obligasi mereka di bawah syarat-syarat kontrak bagi kerja projek yang melibatkan pembinaan jentera, loji, struktur besi dalam apa jua bentuk yang diberikan kepada mereka bagi projek yang berkaitan dengan pembinaan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan di tapak projek. Sijil ini juga menyediakan perlindungan semasa tempoh kerja pembinaan termasuk ujian/pentauliahan. Selain daripada kerosakan bahan/peralatan, sijil ini juga turut menanggung kerugian terhadap liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan projek tersebut.

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat dua bahagian iaitu:

Bahagian I – Kerosakan Bahan / Peralatan
Melindungi apa jua kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat semua sebab, selain daripada perkara yang dikecualikan secara khusus di dalam sijil.
 
Bahagian II – Liabiliti Pihak Ketiga
Melindungi kontraktor daripada semua bayaran di mana dia bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi akibat daripada:
  • Kecederaan anggota badan atau penyakit yang tidak disengajakan yang dialami oleh pihak ketiga akibat kemalangan (sama ada membawa maut atau tidak).
  • Kerugian atau kerosakan harta benda yang tidak disengajakan milik pihak ketiga akibat kemalangan dan berkaitan terus dengan kerja pembinaan peralatan/bahan yang dilindungi di bawah Bahagian I dan berlaku secara langsung di kawasan tapak kerja semasa tempoh perlindungan.

Di samping itu, pelanggan kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan.



Helaian Penerangan Produk
 
​​​​​​​
Borang Cadangan

​​​​​​​​