Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Takaful Jaminan Pekerja Asing

Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, anda diwajibkan oleh Jabatan Imigresen untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik). Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa. Antara sebab-sebab arahan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal adalah seperti berikut:

• Pelanggaran Akta Imigresen
• Pekerja terlibat dengan aktiviti yang haram dan menyalahi undang-undang seperti dadah, kerja-kerja yang tidak bermoral dan lain-lain
• Syarikat anda dibubarkan dan tidak dapat menyediakan penghantaran pulang pekerja.

Helaian Penerangan Produk
 
​​​​​​​​​​​​