Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.
Pilih saiz fon : A+ A-

Kerosakan Mesin Jentera

Skim ini menyediakan perlindungan bagi kerosakan mesin jentera secara tiba-tiba dan tidak dijangka semasa waktu kerja atau waktu rehat, dan semasa pembersihan, pemeriksaan, pembaikan, pengeluaran atau pemindahan ke tempat lain di dalam premis. Semua loji dan mesin jentera mudah terdedah kepada kerosakan tanpa mengira kualiti atau keprihatinan pemilik. Penggantian mesin jentera juga kini semakin mahal dengan kenaikan kos bahan, buruh, pengangkutan, pembaikan, ketidaktentuan kadar pertukaran wang asing.

Kerosakan yang tidak dijangka dan tiba-tiba termasuk:

  • Kerosakan bahan, reka bentuk, pembinaan atau getaran.
  • Kecacatan dalam acuan/tuangan dan bahan
  • Kegagalan mesin jentera bersambung atau peranti pelinciran yang defektif, kelonggaran alatan, tekanan yang tidak normal, pemanasan sendiri, daya emparan tekanan elektrikal litar pintas yang berlebihan, pengarkaan atau litar terbuka, kecuaian dalam penebatan atau perbuatan niat jahat, kekurangan kemahiran, impak, pelanggaran dan seumpamanya
  • Ribut dan letupan fizikal

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di mana-mana Takaful myCare Centre yang berhampiran.

Di samping itu, pelanggan kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan.



Helaian Penerangan Produk
 
​​​​​​​​​​​