Takaful Malaysia menyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan anda yang pelbagai. Daripada perubatan, perlindungan motor takaful dan rumah sehingga ke perlindungan komersil, manfaat pekerja dan banyak lagi. Produk dan perkhidmatan kami samada untuk individu atau perniagaan memberi jaminan kualiti penjagaan dan keselamatan terbaik yang anda perlukan.
Sijil ini adalah untuk melindungi anda sebagai pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada harta benda awam yang disebabkan oleh kecuaian anda atau kecuaian pekerja-pekerja anda. Liabiliti yang dinyatakan juga termasuk caj dan perbelanjaan undang-undang. Semua syarikat dan perusahaan perniagaan perlu mendapatkan perlindungan yang disediakan di bawah Skim ini, dan ia adalah penting untuk pemohon memilih had yang mencukupi memandangkan anggaran tuntutan besar yang mungkin timbul.