Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
16 Jun
2025

Sebagai sebahagian daripada Komitmen Sosial kami — salah satu teras utama kelestarian Takaful Malaysia — kami telah turut serta dalam Majlis Tahlil Perdana yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Jun 2025. Majlis ini dianjurkan bagi memperingati para pelajar yang terkorban dalam nahas bas UPSI di Gerik, Perak.
 
Mewakili Takaful Malaysia, Ketua Bahagian Pematuhan kami, En. Redzuan Abu, telah menyerahkan cek bernilai RM72,000.00 kepada Tabung UPSI Prihatin: Mangsa Nahas Gerik. Penyerahan ini telah disampaikan kepada YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dengan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.
 
Sumbangan ini melambangkan komitmen mendalam Takaful Malaysia terhadap tanggungjawab sosial serta usaha berterusan dalam menyokong komuniti ketika berdepan musibah, khususnya dalam sektor pendidikan.
 

Grey arrow
Grey arrow
Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan