Takaful Malaysia
Tele Bantuan
Tentang Tele Bantuan

Kita tidak dapat meramalkan bila kita akan mengalami kerosakan kereta – sama ada kenderaan kehabisan bateri ataupun tayar pancit. Jangan khuatir, kami bersedia untuk membantu ​anda melalui perkhidmatan Tele Bantuan kami.

Tele Bantuan merupakan program bantuan kecemasan kereta 24/7 yang disediakan untuk semua peserta yang layak dibawah perlindungan Takaful Motor Persendirian Komprehensif dan Takaful Motor Motosikal Komprehensif.

Apakah yang dilindungi dibawah Tele Bantuan?

    1. Kerosakan
      Jika kenderaan anda mengalami kerosakan, anda layak untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:

        1. Pembaikan Kerosakan Kecil di Bahu Jalan 24/7
          Pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan membantu dan membaiki kenderaan di bahu jalan dengan kos buruh percuma sehingga 2 jam. Pembaikan kerosakan kecil di bahu jalan adalah pembaikan yang boleh dilakukan di tempat kejadian. Sebagai contoh perkhidmatan “jumpstart”, penukaran bateri atau tayar, penghantaran kecemasan petrol dan/atau kerja-kerja pendawaian kecil.Walau bagaimanapun, semua kos lain yang terlibat termasuk penggantian alat ganti kenderaan semasa pembaikan dan caj tol, jika ada, akan ditanggung oleh anda.

       

      1. ​Perkhidmatan Tunda 24/7
        Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma dari tempat berlaku kejadian ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, sehingga 50km (perjalanan sehala) untuk Kereta Persendirian dan sehingga 30km (perjalanan sehala) untuk Motosikal bagi setiap kejadian. Untuk jarak tambahan yang melebihi jarak yang ditentukan, anda perlu membayar kos tambahan iaitu RM2.00 bagi setiap kilometer.Bagi perlindungan Takaful Motosikal Komprehensif, manfaat ini adalah terhad untuk penggunaan kali pertama sahaja sepanjang tempoh perlindungan. Peserta akan menanggung sepenuhnya kos untuk perkhidmatan yang seterusnya.

 

  1. Kemalangan
    Jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma sehingga jumlah maksimum sebanyak RM200 untuk Kereta Persendirian dan jumlah maksimum sebanyak RM50 untuk Motosikal, ke bengkel panel Takaful Malaysia yang berhampiran.

 

Nota:

  1. Perkhidmatan Tele Bantuan hanya terdapat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  2. Sila klik di sini untuk situasi/perkara yang tidak dilindungi di bawah Perkhidmatan Tele Bantuan.

 

Siapa yang perlu saya hubungi sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kemalangan

Untuk bantuan segera, anda boleh menghantar permintaan melalui aplikasi telefon kami di bawah seksyen Tele Bantuan.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi nombor talian 24 jam Tele Bantuan kami di 1800-888-788 untuk bantuan.

Penafian: Takaful Malaysia mempunyai hak untuk mengubah manfaat dan pengecualian untuk Program Tele Bantuan tanpa memberikan notis awal kepada peserta yang layak.

Pengecualian_Perkhidmatan_Telebantuan.pdf

Bagaimana ia berfungsi

Muat Turun Aplikasi Click for Cover untuk perkhidmatan Tele Bantuan yang Pantas & Mudah

1
Dapatkan perlindungan dalam talian
Dengan pengunderaitan masa yang nyata. Ia ditampilkan dengan kemudahan pembayaran yang selamat dan membolehkan transaksi dalam talian untuk pembayaran caruman.
2
Lihat Sijil
Perlindungan seperti, jumlah yang digunakan, sejarah tuntutan dan juga butiran pembekal perkhidmatan.
3
Perkhidmatan Tele Bantuan Pantas dan Mudah
Pelanggan boleh mengemukakan permintaan untuk bantuan di bahu jalan melalui aplikasi sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan
4
E-Kad
Kakitangan korporat, mereka kini boleh mengemukakan kad e-perubatan melalui aplikasi apabila melawat mana-mana hospital / klinik panel kami.
Bantuan Kerosakan Kenderaan
Grey arrow
Grey arrow
Rosak
Rosak
Kemalangan
Kemalangan
Perkhidmatan Tunda
Perkhidmatan Tunda
Jumpstart
Jumpstart
Penghantaran Bahan Api
Penghantaran Bahan Api
Penukaran Bateri
Penukaran Bateri
Penukaran Tayar
Penukaran Tayar

Bantuan Kerosakan
Kenderaan Di Hujung
Jari Anda!

Muat turun aplikasi untuk Tele Bantuan yang pantas & mudah