Takaful Malaysia amat komited dalam memastikan keselamatan semua transaksi yang anda laksanakan melalui Pembaharuan Dalam Talian kami adalah selamat, terjamin dan sulit. Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direka khas untuk memastikan standard keselamatan dan tahap kerahsiaan yang paling tinggi.
Akses kepada Pembaharuan Dalam Talian
Untuk mangawal akses kepada Pembaharuan Dalam Talian kami, setiap pelanggan dikehendaki untuk memberikan antara 2 kombinasi yang berikut:
Walaupun kami mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan Pembaharuan Dalam Talian yang selamat dan terjamin, namun kami tidak mempunyai kawalan terhadap komputer yang anda gunakan untuk mengakses Pembaharuan Dalam Talian. Oleh itu, sila ambil perhatian perkara berikut:
Keselamatan Storan dan Perlindungan Data
Untuk memastikan keselamatan storan dan perlindungan data, semua maklumat yang dihantar melalui Internet disulitkan menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL) bersekuriti 40-bit dan 128-bit. SSL menggunakan sijil digital dan merupakan cara selamat untuk pemindahan maklumat antara dua komputer di Internet.
Keselamatan dan Pemantauan Sistem
Takaful Malaysia menggunakan kombinasi langkah-langkah keselamatan dan pemantauan sistem untuk transaksi Pembaharuan Dalam Talian: