Pengumuman
Langkah Interim untuk Peserta yang Terjejas oleh Penetapan Semula Caruman Pelan Perubatan & Kesihatan
Kepada
Komuniti
Takaful Malaysia mengutamakan pemerkasaan komuniti berlandaskan nilai-nilai Islam seperti maslahah ammah (kepentingan awam), takaful (saling membantu) dan semangat khidmah (berbakti kepada orang lain). Kami memanfaatkan sumber kewangan dan tenaga kerja untuk membantu golongan yang kurang mendapat perhatian, menyediakan peluang yang setara dan menyumbang kepada pembangunan negara secara berterusan. Antara inisiatif kami termasuklah penyediaan peluang pekerjaan, program pembangunan kemahiran dan projek komuniti yang memberi impak positif.