Takaful Malaysia
Glosari
Kaedah Pembayaran

Cara mudah untuk membayar caruman Takaful​ anda adalah dengan Auto Debit melalui akaun semasa atau akaun simpanan. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, pihak kami akan mendebitkan secara automatik bayaran caruman sijil anda daripada akaun simpanan/akaun semasa bank anda.

Produk

Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja– Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala.
Tidak termasuk bayaran untuk Produk Caruman Tunggal / Produk Am / Produk Berkelompok.

Senarai Bank/Institusi Kewangan

  1. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  2. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  3. Lembaga Tabung Haji (LTH)
  4. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  5. CIMB Bank Berhad (CIMB)
  6. RHB Bank Berhad (RHB)

Notis Penting

  1. Sila klik  di sini bagi memuat-turun borang pen​daftaran.
  2. Untuk permohonan cadangan baru, sila“k​​osongkan ruang “No. Cadangan”. Kami akan membantu anda untuk melengkapkannya dengan nombor sijil yang betul setelah kertas cadangan diluluskan.
  3. Untuk sijil yang sedia ada, sila tulis dengan jelas nombor sijil Takaful pada ruangan “No. Sijil”. Bagi mendaftar lebih daripada satu sijil, sila gunakan borang baru bagi setiap satu sijil.
  4. Sila pilih satu (1) sahaja pilihan institusi kewangan/bank bagi pendaftaran Auto Debit
  5. Sila lengkapkan  Bahagian B : Kebenaran Membayar Melalui Arahan Auto Debit  pada Borang Arahan Tetap Kad Kredit/Debit Dan Pendaftaran Auto Debit dengan maklumat lengkap pemegang sijil dan juga maklumat institusi kewangan/bank bagi pemegang akaun yang terbabit.
  6. Pelanggan adalah dina​​​sihatkan untuk mengosongkan petak “Had Transaksi”. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang gangguan pembayaran bil sekiranya jumlah caruman yang dinyatakan berbeza dengan caruman sebenar atau caruman yang dinyatakan disemak semula kerana perubahan dari semasa ke semasa yang akan dimaklumkan oleh Takaful Malaysia.Takaful Malaysia dibenarkan untuk membuat perubahan jika perlu dan mendebit caruman sebenar sewajarnya.
  7. Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Takaful myCare Centres or Takaful Retail Centres.
  8. Tiada resit yang akan dikeluarkan. Pemegang akaun dinasihatkan menyemak penyata akaun bulanan. Semakan juga boleh dibuat melalui myTakaful Customer Portal.
  9. Takaful Malaysia tidak ber​​hak mendapatkan maklumat tentang kegagalan bil/potongan bagi pihak pemegang akaun kerana maklumat tersebut adalah sulit dan peribadi antara institusi kewangan/bank dan pemegang akaun. Ini juga seiring dengan ketetapan di bawah Akta Perlindungan Dat​a Peribadi / Personal Data Protection Act (PDPA).
  10. Sila rujuk pada Terma dan Syarat bagi Pembayaran Caruman Takaful menggunakan kaedah Auto Debit di laman web Syarikat kami atau klik here.

Tempoh

Tempoh pemprosesan selama tiga puluh (30) hari diperlukan untuk pendaftaran dengan setiap institusi kewangan/bank. Bayaran sumbangan permulaan sebanyak dua (2) bulan1 diperlukan sementara menunggu pengaktifan pembayaran melalui Auto Debit.

11Bayaran sumbangan untuk mengaktifkan sijil bergantung kepada jenis sijil yang terbabit. Untuk produk dengan kekerapan bayaran secara bulanan, pembayaran sumbangan yang diperlukan adalah dua (2) bulan sebelum pembayaran dengan kaedah Auto Debit dilaksanakan. Manakala bagi produk dengan kekerapan pembayaran secara setengah tahun, bayaran pendahuluan sebanyak setengah tahun mesti dibayar sebagai bayaran sumbangan awal.

blank.pdf
blank.pdf

Anda boleh membayar caruman Takaful melalui Perbankan Internet dengan salah satu bank yang menawarkan perkhidmatan ini. Sila layari ke laman web/sesawang rasmi perbankan individu bank yang terlibat bagi meneruskan pembayaran caruman Takaful anda.

Produk
Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja– Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala.
Tidak termasuk bayaran untuk Produk Caruman Tunggal / Produk Am / Produk Berkelompok.

Senarai Bank

  1. CIMB Bank
    www.cimbclicks.com.my
  2. Bank Islam Malaysia Berhad
    www.bankislam.biz
  3. Malayan Banking Berhad www.maybank2u.com.my
  4. RHB
    www.rhbgroup.com
  5. AmBank
    www.ambankgroup.com

Notis Penting

Sila isikan nombor sijil yang betul bagi setiap sesi pembayaran. Memasukkan rujukan secara am seperti “Sijil Takaful” atau “Takaful” tanpa nombor sijil peserta akan menyebabkan bayaran yang dibuat tidak dapat dipadankan dengan nombor sijil peserta kerana tiada rujukan khusus kepada sijil yang hendak dibayar bagi membolehkan padanan dilakukan.

Debit terus caruman Takaful Keluarga anda dari akaun simpanan atau akaun semasa. Dengan menggunakan perkhidmatan PayNet Direct Debit, pihak kami akan mendebitkan secara automatik bayaran caruman sijil anda daripada akaun simpanan/akaun semasa bank anda yang didaftarkan.

Produk
Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja – Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala.
Tidak termasuk bayaran Untuk Produk Caruman Tunggal / Produk Am / Produk Berkelompok.

Notis Penting

  1. Layak untuk semua pemegang Akaun Simpanan dan Semasa bagi semua bank yang berdaftar dan turut serta dengan inisiatif PayNet Direct Debit. Semakan bagi   senarai bank-bank  yang mengambil bahagian boleh dilakukan di laman rasmi PayNet.
  2. Tidak termasuk lain-lain jenis akaun seperti (tetapi tidak terhad) akaun bersama / akaun syarikat / akaun persatuan / akaun pertubuhan / akaun perkongsian / akaun Bersama Lembaga Pengarah / akaun organisasi lain-lain.
  3. Anda boleh mendapatkan Borang Takaful Malaysia PayNet Direct Debit dari mana-manaTakaful myCare Centres atau Takaful Retail Centres, dan borang yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada mana-mana pusat khidmat berkenaan.
  4. Syarikat mempunyai hak untuk mengenakan bayaran ke atas pelanggan bagi sebarang atau jumlah baki tertunggak bagi sijil berdaftar yang dibuat dengan kaedah bayaran PayNet Direct Debit untuk memastikan sijil terus aktif dan pelanggan terus menikmati perlindungan daripada Takaful Malaysia.
  5. Tiada resit akan dikeluarkan. Pemegang akaun dinasihatkan untuk menyemak penyata bulanan bank mereka. Anda juga boleh menyemak melalui myTakaful Customer Portal.
  6. Bagi bil yang ditolak/gagal didebitkan, sila rujuk dengan bank di mana akaun anda dikelolakan untuk penjelasan dan penerangan lanjut.
  7. Takaful Malaysia tidak berhak mendapatkan maklumat tentang kegagalan bil/potongan bagi pihak pemegang akaun bank masing-masing kerana maklumat tersebut adalah sulit dan peribadi antara bank dan pemegang akaun. Ini juga seiring dengan ketetapan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi /Personal Data Protection Act (PDPA).

Tempoh

Tempoh pemprosesan selama tiga puluh (30) hari diperlukan bagi pendaftaran dengan bank yang terbabit melalui PayNet. Bayaran sumbangan permulaan sebanyak dua (2) bulan1 diperlukan sementara menunggu pengaktifan pembayaran melalui Paynet Direct Debit.​​

11Bayaran sumbangan untuk mengaktifkan sijil bergantung kepada jenis sijil yang terbabit. Untuk produk dengan kekerapan bayaran secara bulanan, pembayaran sumbangan yang diperlukan adalah dua (2) bulan sebelum pembayaran dengan kaedah Direct Debit dilaksanakan. Manakala bagi produk dengan kekerapan pembayaran secara setengah tahun, bayaran pendahuluan sebanyak setengah tahun mesti dibayar sebagai bayaran sumbangan awal.

Anda boleh menggunakan Arahan Tetap melalui Kad Kredit/Debit Visa atau Kad Kredit/Debit Master sahaja untuk membayar caruman Pelan Takaful Keluarga Individu. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, pihak kami secara automatik akan mengenakan bayaran caruman sijil anda kepada kad Kredit atau Debit berdaftar.

Pemegang Kad mesti menyemak dengan pihak Bank / Institusi Kewangan / organisasi yang mengeluarkan kad masing-masing terlebih dahulu bagi memastikan sama ada kad yang dikeluarkan dapat digunakan bagi dicaj/membayar melalui arahan tetap / bil berulang untuk pembayaran sumbangan Takaful sebelum mendaftar untuk kemudahan pembayaran ini.

 

Produk
Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja– Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala.
Tidak termasuk bayaran untuk Produk Caruman Tunggal / Produk Am / Produk Berkelompok.

 

Notis Penting

  1. Borang Arahan Tetap Kad Kredit/Debit dan Pendaftaran Auto Debit boleh dimuat turun dari laman web Takaful Malaysia atau boleh didapati di mana-mana Takaful myCare Centres atau Takaful Retail Centres.
  2. Untuk permohonan cadangan baru, sila kosongkan ruang “No. Cadangan”. Kami akan membantu anda untuk melengkapkannya dengan nombor sijil yang betul setelah kertas cadang​an diluluskan.​​
  3. Untuk sijil yang sedia ada, sila tulis dengan jelas nombor sijil Takaful pada ruangan “No. Sijil”. Bagi mendaftar lebih daripada satu sijil, sila gunakan borang baru bagi setiap satu sijil.
  4. Sila lengkapkan Bahagian A : Kebenaran Membayar Melalui Kad Kredit atau Debit pada Borang Arahan Tetap Kad Kredit/Debit Dan Pendaftaran Auto Debit dengan maklumat pemegang kad dan maklumat kad.
  5. Bagi permohonon cadangan baru pelan Takaful, Borang Arahan Tetap Kad Kredit/Debit Dan Pendaftaran Auto Debit – yang merupakan sebahagian daripada Borang Cadangan, yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana-mana Takaful myCare Centres atau  Takaful Retail Centres.​
  6. Syarikat mempunyai hak untuk caj pelanggan bagi sebarang tunggakan sekiranya terdapat kegagalan dalam mod pembayaran Arahan Tetap untuk memastikan bahawa sijil ini adalah aktif dan pelanggan menikmati perlindungan daripada Takaful Malaysia.
  7. Tiada resit yang akan dikeluarkan. Pemegang kad dinasihatkan menyemak penyata bulanan kad kredit/penyata bank. Semakan juga boleh dibuat melalui Portal myTakaful Customer.
  8. Bagi bil yang ditolak/gagal, sila rujuk dengan Bank Pengeluar kad untuk penjelasan dan penerangan. Takaful Malaysia tidak berhak mendapatkan maklumat tentang kegagalan bil/potongan bagi pihak pemegang akaun kerana maklumat tersebut adalah sulit dan peribadi antara bank dan pemegang akaun. Ini jug​a seiring dengan ketetapan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi / Personal Data Protection Act (PDPA).
  9. Sila rujuk pada Terma dan Syarat Penuh bagi Arahan Tetap Kad Kredit/Debit di laman web Syarikat kami atau klik pautan ini, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan ini.​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah kaedah pembayaran baru yang dipelopori oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibangunkan oleh PayNet  (anak syarikat milik penuh BNM) sebagai inisiatif pembayaran nasional. Dengan JomPAY, pelanggan daripada 42 bank-bank di Malaysia dengan mudah boleh membuat sebarang bayaran termasuk sumbangan Takaful menggunakan kad kredit atau akaun bank. Perkhidmatan ini boleh didapati melalui perbankan internet dan perbankan telefon mudah alih.

Kenapa JomPAY?
JomPAY adalah MenyenangkanCepatMudah dan Percuma.

  1. Menyenangkan
    Anda boleh membuat bayaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai akses kepada internet
  2. Pantas
    Anda boleh menjimatkan masa dan tidak perlu meninggalkan rumah atau beratur panjang untuk berurusan di cawangan kami.
  3. Mudah
    Anda boleh menetapkan bayaran pilihan anda seperti pembayaran secara automatik pada masa yang sama setiap bulan
  4. Percuma
    T​iada sebarang caj dikenakan

 

Produk
Anda boleh membuat pembayaran caruman takaful anda melalui JomPAY untuk produk-produk Takaful Keluarga Individu yang berikut sahaja:

  1. Takaful myHealth Protector
  2. Takaful myGenLife
  3. Takaful Keluarga Pendidikan
  4. Takaful Keluarga
  5. Takaful Dana Pekerja
  6. Takaful myDana Invest
  7. Takaful myGemilang
  8. Takaful myImpian
  9. Takaful mySinar
  10. Takaful mySiswa
  11. Takaful Sihat
  12. Takaful Siswa
  13. Takaful Waqaf
  14. Takaful Wiladah
  15. Takaful Ziarah

Di mana boleh saya dapatkan Biller Code JomPAY?

Biller Code Takaful Malaysia adalah 7997. Anda boleh dengan mudah mendapatkan maklumat ini dengan merujuk notis-notis yang dihantar kepada anda.​

 

Bagaimana saya boleh membuat bayaran sumbangan saya kepada Takaful Malaysia melalui JomPAY?

Asalkan anda telah mendaftar dengan perkhidmatan perbankan internet yang telah disediakan oleh bank masing-masing, anda boleh dengan mudah menggunakan kemudahan JomPAY untuk membayar bil-bil anda. Untuk pembayaran sumbangan melalui JomPAY, anda dikehendaki untuk memasukkan Biller Code Takaful Malaysia beserta nombor unik bagi Ref-1 & Ref-2 seperti yang dinyatakan dalam notis anda.​​

 

Soalan yang Sering Ditanya mengenai JomPAY​​​​​ ​

    1. Apakah JomPAY?
      JomPAY adalah satu inisiatif pembayaran nasional yang disokong oleh Bank-Bank di Malaysia, untuk membolehkan pembayaran bil dalam talian di seluruh Malaysia. PayNet, sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia adalah organisasi yang mengendalikan JomPAY. ​
    2. Apa yang boleh JomPAY lakukan untuk saya?
      Dengan JomPAY, anda boleh membayar bil-bil melalui Internet atau Perbankan Mudah Alih menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa atau Kad Kredit. Ia cepat, selamat, dan mudah.​
    3. Adakah JomPAY percuma?
      Ya, perkhidmatan JomPAY ini adalah PERCUMA kepada pelanggan. ​
    4. Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?
      Tiada pendaftaran diperlukan bagi menikmati perkhidmatan JomPAY. ​
    5. Bagaimana saya boleh membayar dengan JomPAY?
    1. Daftar
      Anda perlu mendaftar dengan Bank anda untuk kemudahan perbankan internet sebelum anda menggunakan kemudahan JomPAY.
    2. Layari Dalam Talian
      Log masuk ke Internet atau portal Perbankan Mudah Alih pilihan anda dan cari lambang JomPAY.
    3. Bayar
      Masukkan Kod Bil JomPAY: 7997, diikuti oleh Nombor Ref-1 & Ref-2 dan jelaskan pembayaran anda dengan menggunakan Akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit.

Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah kaedah pembayaran baru yang dipelopori oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibangunkan oleh PayNet  (anak syarikat milik penuh BNM) sebagai inisiatif pembayaran nasional. Dengan JomPAY, pelanggan daripada 42 bank-bank di Malaysia dengan mudah boleh membuat sebarang bayaran termasuk sumbangan Takaful menggunakan kad kredit atau akaun bank. Perkhidmatan ini boleh didapati melalui perbankan internet dan perbankan telefon mudah alih.

Kenapa JomPAY?
JomPAY adalah MenyenangkanCepatMudah dan Percuma.

  1. Menyenangkan
    Anda boleh membuat bayaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai akses kepada internet
  2. Pantas
    Anda boleh menjimatkan masa dan tidak perlu meninggalkan rumah atau beratur panjang untuk berurusan di cawangan kami.
  3. Mudah
    Anda boleh menetapkan bayaran pilihan anda seperti pembayaran secara automatik pada masa yang sama setiap bulan
  4. Percuma
    T​iada sebarang caj dikenakan

 

Produk
Anda boleh membuat pembayaran caruman takaful anda melalui JomPAY untuk produk-produk PEMBAHARUAN Takaful Am yang berikut sahaja:

 

  1. Takaful myPA Care
  2. Takaful myHouseowners & Householders

Di mana boleh saya dapatkan Biller Code JomPAY?

Biller Code Takaful Malaysia adalah 7799. Maklumat ini boleh didapati dengan jelas pada notis yang dihantar kepada anda.

 

Bagaimana saya boleh membuat bayaran sumbangan saya kepada Takaful Malaysia melalui JomPAY?

Asalkan anda telah mendaftar dengan perkhidmatan perbankan internet yang telah disediakan oleh bank masing-masing, anda boleh dengan mudah menggunakan kemudahan JomPAY untuk membayar bil-bil anda. Untuk pembayaran sumbangan melalui JomPAY, anda dikehendaki untuk memasukkan Biller Code Takaful Malaysia beserta nombor unik bagi Ref-1 & Ref-2 seperti yang dinyatakan dalam notis anda.​​

 

Soalan yang Sering Ditanya mengenai JomPAY​​​​​ ​

    1. Apakah JomPAY?
      JomPAY adalah satu inisiatif pembayaran nasional yang disokong oleh Bank-Bank di Malaysia, untuk membolehkan pembayaran bil dalam talian di seluruh Malaysia. PayNet, sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia adalah organisasi yang mengendalikan JomPAY. ​
    2. Apa yang boleh JomPAY lakukan untuk saya?
      Dengan JomPAY, anda boleh membayar bil-bil melalui Internet atau Perbankan Mudah Alih menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa atau Kad Kredit. Ia cepat, selamat, dan mudah.​
    3. Adakah JomPAY percuma?
      Ya, perkhidmatan JomPAY ini adalah PERCUMA kepada pelanggan. ​
    4. Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?
      Tiada pendaftaran diperlukan bagi menikmati perkhidmatan JomPAY. ​
    5. Bagaimana saya boleh membayar dengan JomPAY?
    1. Daftar
      Anda perlu mendaftar dengan Bank anda untuk kemudahan perbankan internet sebelum anda menggunakan kemudahan JomPAY.
    2. Layari Dalam Talian
      Log masuk ke Internet atau portal Perbankan Mudah Alih pilihan anda dan cari lambang JomPAY.
    3. Bayar
      Masukkan Kod Bil JomPAY: 7799, diikuti oleh Nombor Ref-1 & Ref-2 dan jelaskan pembayaran anda dengan menggunakan Akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit.

Pembayaran Di Kaunter Produk
Tunai Cek Kad –
Kredit/Debit/
dan ATM
Debit Akaun Simpanan/ Semasa
Takaful Malaysia
myCare Centres/
Retail Centres
Produk Takaful Am dan Takaful Keluarga
Bank Islam
Malaysia Berhad
(BIMB)
Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja – Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala
Bank Simpanan
Nasional (BSN)
Produk Runcit Takaful Keluarga Individu sahaja – Bayaran untuk Caruman Tetap/Berkala
POS Malaysia Skim Taka​ful Motor Am sahaja.

Notis Penting

  1. Sila lengkapkan Borang Bayaran Bil BSN atau BIMB sahaja dan tulis Nombor Sijil dengan jelas.
  2. Hanya satu sijil sahaja dibenarkan bagi setiap transaksi.
  3. Jika anda membayar lebih daripada satu sijil, sila gunakan satu Borang Bayaran Bil BSN atau BIMB bagi satu sijil.
  4. Tiada resit yang akan dikeluarkan. Pemegang akaun harus menyimpan slip pembayaran BSN atau BIMB atau resit rasmi daripada Pos Malaysia yang telah dicetak sebagai bukti pembayaran caruman anda. Semakan juga boleh dibuat melalui  myTakaful Customer Portal.
  5. Bagi pembayaran Skim Takaful Motor di Pos Malaysia, sila bawa bersama sebarang dokumen sokongan / notis pembaharuan ketika berurusan dikaunter.

Layari versi baharu laman sesawang Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan pelbagai rujukan Shariah bagi kewangan Islam.

http://www.sacbnm.org/.

Cukai Perkhidmatan

Pelanggan yang Dihargai,

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan pada kadar enam (6) peratus berkuat kuasa 1 September 2018.

Sehubungan itu, Cukai Perkhidmatan tersebut akan dikenakan terhadap produk-produk yang berikut.

  1. Produk Takaful Keluarga yang ditawarkan kepada organisasi perniagaan; dan
  2. Produk Takaful Am yang ditawarkan kepada organisasi perniagaan atau individu kecuali produk Takaful Perubatan yang ditawarkan kepada individu.

Takaful Malaysia berhak untuk membuat kutipan daripada pelanggan bagi amaun yang bersamaan dengan Cukai Perkhidmatan yang perlu dibayar untuk sumbangan yang berkaitan dalam tempoh perlindungan. Di dalam keadaan di mana tempoh perlindungan sijil berkuat kuasa lebih awal tetapi tamat selepas 1 September 2018, kami akan membuat kutipan amaun yang bersamaan dengan Cukai Perkhidmatan yang perlu dibayar untuk sumbangan terpakai yang akan dikira secara pro-rata bermula dari 1 September 2018.

Tanggungjawab anda untuk membayar Culai Perkhidmatan adalah seperti yang termaktub di bawah undang-undang yang meletakkan Cukai Perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan kesemua Peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Terima kasih.
Takaful Malaysia