Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (“STMKB”) dan kumpulan syarikatnya (secara kolektif “Takaful Malaysia”) komited terhadap piawaian pematuhan tertinggi berkaitan dengan pendedahan, ketelusan, akauntabiliti dan integriti serta yang telah ditetapkan oleh perundangan yang berkaitan.
Kami menggalakkan anda untuk menyuarakan kebimbangan melalui saluran pelaporan secara bertanggungjawab dan sewajarnya jika anda mengetahui sebarang Salah Laku di dalam Takaful Malaysia.