Takaful Malaysia telah melancarkan Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memperkasakan belia berpotensi tinggi. Program ini berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025 di Outward Bound Malaysia (OBM), Teluk Batik, Lumut, melibatkan 100 pelajar Asnaf Tingkatan 4 dari Perak. Menerusi latihan kepimpinan, bimbingan mentor dan aktiviti berasaskan pengalaman, peserta didedahkan kepada nilai kepimpinan, kerja berpasukan, ketahanan diri dan pembangunan peribadi.
Sepanjang program berlangsung, En. Mohamed Sabri Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB), telah menyampaikan mock cheque bernilai RM30,000.00 kepada Puan Hajah Fadhilah Hawary, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Sumbangan tersebut diperuntukkan kepada ibu bapa pelajar Asnaf dan juga sebagai bantuan makanan untuk keluarga pelajar Asnaf.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Takaful Malaysia terhadap bidang pendidikan, pembangunan belia dan kesejahteraan komuniti, sekaligus menghayati semangat sebenar takaful iaitu saling membantu dan kemakmuran bersama.