Pelan ini menyediakan perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada barangan yang diisytiharkan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (laut, udara, jalan raya dan rel) dari tempat asal gudang ke tempat tujuan gudang, termasuk penyimpanan sampingan.
Menambahkan risiko berikut dengan membayar sumbangan tambahan
Perang seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa Perang Institut (Kargo), Mogok seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa Mogok Institut (Kargo)
Perniagaan/Pengurusan Kargo Marin.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah perlindungan untuk harta tersebut. Tertakluk kepada sumbangan minimum RM75.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).