Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada 19 Januari 2026
Kami, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad serta anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu masing-masing (dirujuk secara berasingan dan masing-masing sebagai “Takaful Malaysia”, “kami” atau “kita”, mengikut mana yang berkenaan, bergantung kepada entiti yang mana anda memberikan maklumat peribadi anda), komited untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda yang diamanahkan kepada kami dan berada di bawah jagaan kami, selaras dengan undang-undang privasi yang berkenaan termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (berserta sebarang pindaan) dan Kod Amalan Perlindungan Data Peribadi bagi Industri Insurans dan Takaful di Malaysia (secara kolektif dirujuk sebagai “PDPA”).
Bahagian A: Tujuan Notis Privasi Ini
Notis Privasi ini dikeluarkan selaras dengan pematuhan terhadap PDPA. Melalui Notis Privasi ini, kami berharap ia dapat membantu anda memahami bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul, digunakan, diselenggara, didedahkan dan/atau dilindungi (“diproses”), serta hak anda sebagai pemilik maklumat peribadi tersebut.
Dalam Notis Privasi ini, istilah “anda” merujuk kepada mana-mana individu yang maklumat peribadinya diproses oleh kami. Anda mungkin memberikan maklumat peribadi anda kepada kami melalui suatu transaksi komersial seperti melanggan atau menyertai produk atau perkhidmatan takaful kami (“Transaksi Komersial”), atau apabila anda berinteraksi dengan kami melalui saluran yang diiktiraf (“Interaksi”), termasuk laman web kami, aplikasi mudah alih, atau platform digital rasmi yang lain (“Platform Digital”). Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelanggan kami, pengunjung Platform Digital kami, rakan perniagaan, pekerja, ejen dan penyedia perkhidmatan.
Bahagian B: Persetujuan Anda Adalah Penting
Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami semasa Transaksi Komersial atau Interaksi dengan kami, anda memberikan persetujuan kepada kami untuk memproses maklumat peribadi anda.
Maklumat peribadi anda juga mungkin diberikan kepada kami oleh pihak ketiga. Sebagai contoh, ini mungkin dilakukan oleh pencadang bagi sijil takaful berkumpulan atau bagi sijil yang diambil ke atas hayat individu lain. Maklumat anda juga mungkin dikongsi dengan kami sekiranya pemilik sijil menamakan anda sebagai benefisiari, penama, pemegang amanah atau penerima hak. Dalam situasi ini, anda dianggap telah memberikan kebenaran dan persetujuan kepada pencadang atau pemilik sijil untuk kami memproses maklumat peribadi anda.
Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, maklumat peribadi anda mungkin diberikan kepada kami oleh ibu bapa, penjaga sah, atau mana-mana individu yang mempunyai tanggungjawab keibubapaan terhadap anda. Dalam keadaan sedemikian, persetujuan untuk kami memproses maklumat peribadi anda dianggap telah diberikan oleh ibu bapa, penjaga sah, atau individu yang mempunyai tanggungjawab keibubapaan bagi pihak anda.
Kami akan memproses maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA dan Notis Privasi ini.
Pengumpulan maklumat peribadi anda oleh kami mungkin bersifat sukarela atau mandatori bergantung kepada tujuan pengumpulan tersebut. Sekiranya anda diwajibkan untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami dan anda gagal berbuat demikian, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi ini, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami atau meneruskan urusan dengan anda.
Kami mungkin mengumpul data sensitif anda seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang yang berkenaan dan seperti yang dihuraikan dalam Bahagian C di bawah, sekiranya anda menyertai produk dan perkhidmatan tertentu seperti takaful perubatan, yang memerlukan anda mendedahkan data sensitif tersebut kepada kami. Kami hanya akan menggunakan data sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan produk yang anda daftar. Sekiranya kami memproses data sensitif anda, kami akan meminta persetujuan jelas daripada anda.
Bahagian C: Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul Daripada Anda
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi tertentu daripada anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Maklumat Peribadi
Bagi memudahkan pemahaman anda, “maklumat peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang boleh membuatkan anda dikenal pasti sebagai seorang individu. Ini termasuk butiran seperti maklumat hubungan anda, maklumat kewangan atau gaya hidup, atau maklum balas yang anda berikan melalui tinjauan. Ia juga merangkumi maklumat yang, apabila digabungkan dengan data lain, boleh membuatkan anda dikenal pasti.
Selain itu, ia termasuk maklumat peribadi sensitif, seperti data berkaitan kesihatan fizikal atau mental anda dan data biometrik. Ia tidak termasuk data agregat atau data tanpa nama kerana maklumat tersebut tidak mengenal pasti individu.
Lihat di bawah untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai jenis maklumat peribadi yang mungkin kami kumpul daripada anda:-
Bahagian D: Penggunaan Maklumat Peribadi Yang Dikumpul
Kami hanya akan memproses maklumat peribadi anda semata-mata untuk menjalankan perniagaan kami dalam melaksanakan peranan kami sebagai pengendali takaful berlesen. Tujuan-tujuan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:
Bahagian E: Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda
Kami mungkin memperoleh maklumat peribadi anda daripada pelbagai sumber, seperti:
Bahagian F: Hak Akses Terhadap Maklumat Peribadi Anda
Maklumat peribadi anda adalah penting kepada Takaful Malaysia bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami. Walaupun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kesahihan data anda, kami mungkin bergantung kepada sumber yang dinyatakan di atas dan oleh itu tidak dapat menjamin ketepatan maklumat peribadi anda. Jika terdapat sebarang perubahan pada data anda atau jika anda percaya bahawa data yang kami simpan mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini, sila hubungi kami supaya kami dapat mengambil langkah untuk mengemas kini data anda.
Anda berhak untuk melaksanakan hak-hak berikut berhubung dengan maklumat peribadi anda pada bila-bila masa:
Berhubung perkara ini, bergantung kepada tahap permintaan anda atau penarikan balik persetujuan untuk Takaful Malaysia memproses maklumat peribadi anda, Takaful Malaysia mungkin tidak dapat meneruskan hubungan sedia ada dengan anda atau kontrak anda dengan Takaful Malaysia mungkin perlu ditamatkan.
Sebarang permintaan berkaitan akses, pembetulan, pemadaman, penarikan balik persetujuan atau aduan boleh dikemukakan kepada kami secara bertulis melalui maklumat hubungan yang disediakan di laman web korporat kami Bantuan & Sokongan | Takaful Malaysia atau bagi persetujuan pemasaran, mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Bahagian K di bawah.
Bahagian G: Pendedahan Maklumat Peribadi Anda
Untuk menyediakan perkhidmatan kami dengan berkesan dan bagi tujuan yang dijelaskan dalam Bahagian D di atas, Takaful Malaysia mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan kategori-kategori pihak berikut, secara ketat atas dasar keperluan untuk mengetahui, sama ada di dalam atau di luar Malaysia:
Dari semasa ke semasa, maklumat peribadi anda juga mungkin didedahkan atau dipindahkan berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, penjualan atau transaksi korporat lain yang melibatkan kami. Dalam kes sedemikian, kami akan memastikan maklumat anda terus dikendalikan selaras dengan Notis Privasi ini dan mengikut undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan.
Bahagian H: Penyimpanan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi anda tidak akan disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpul, kecuali penyimpanan diperlukan bagi tujuan operasi, audit, undang-undang, kawal selia, cukai atau perakaunan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:
Kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah untuk mengelakkan akses, pemprosesan, pemadaman, kehilangan atau penggunaan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, termasuk mengehadkan akses fizikal kepada data dalam sistem kami dan penyulitan data sensitif semasa pemindahan. Jika kami mendedahkan sebarang data anda kepada pihak yang dinyatakan dalam Bahagian G, kami akan memastikan mereka melindungi data tersebut dengan sewajarnya.
Kami akan mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan maklumat peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila ia tidak lagi diperlukan untuk mana-mana tujuan di atas.
Bahagian I: Komunikasi Elektronik dan Pemasaran Langsung oleh Takaful Malaysia
Tertakluk kepada persetujuan bertulis anda terlebih dahulu, Takaful Malaysia boleh menggunakan maklumat peribadi anda seperti nama dan maklumat hubungan untuk tujuan promosi atau pemasaran, termasuk menghantar bahan promosi dan menjalankan pemasaran langsung berkaitan produk dan perkhidmatan kami, sekiranya dibenarkan oleh undang-undang (“Aktiviti Pemasaran”). Untuk tujuan ini, dan tertakluk kepada keperluan undang-undang, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga yang dilantik seperti penyedia perkhidmatan, pusat panggilan, agensi pemasaran atau penyelidikan, dan organisasi yang terlibat dalam Aktiviti Pemasaran. Pihak ini mungkin menghubungi anda melalui pos, e-mel, SMS, panggilan telefon atau kaedah elektronik lain.
Bahagian J: Pemasaran Langsung dan Pemasaran Silang dalam Kumpulan Kewangan dan Pihak Ketiga Terpilih
Tertakluk kepada persetujuan bertulis anda terlebih dahulu, maklumat anda boleh didedahkan kepada individu atau organisasi yang berkaitan atau mempunyai kaitan dengan Takaful Malaysia dan/atau mana-mana pihak ketiga terpilih untuk tujuan pemasaran silang dan pemasaran langsung produk atau perkhidmatan organisasi tersebut atau syarikat bersekutu dan/atau pihak ketiga terpilih.
Bahagian K: Penarikan Balik Persetujuan Pemasaran
Anda berhak untuk menarik balik persetujuan pemasaran anda di bawah Bahagian I dan Bahagian J pada bila-bila masa dengan melengkapkan Borang Endorsemen yang boleh diperoleh daripada laman web kami di www.takaful-malaysia.com.my atau dengan menulis kepada kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di laman web korporat kami Bantuan & Sokongan | Takaful Malaysia.
Bahagian L: Penggunaan Pemprosesan Automatik dan Bantuan Pembuatan Keputusan (Assisted Decision Making)
Kami mungkin menggunakan pemprosesan automatik, termasuk kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pembelajaran mesin, untuk menganalisis data dan membantu membuat keputusan dalam operasi kami. Ini membantu kami meningkatkan komunikasi, mempertingkatkan pengalaman pelanggan, menjadikan proses lebih selamat dan efisien, serta mengenal pasti risiko berpotensi.
Bahagian M: Penggunaan Kuki (Cookies)
Laman web dan platform digital Takaful Malaysia mungkin meletakkan kuki pada peranti anda untuk meningkatkan fungsi dan pengalaman melayari anda. Kuki ialah fail data kecil yang membolehkan kami mengingati keutamaan anda, menganalisis penggunaan laman, dan menyokong ciri tertentu. Anda boleh mengurus atau menyahaktifkan kuki melalui tetapan pelayar anda; namun, tindakan ini mungkin mengehadkan beberapa fungsi atau mengurangkan kualiti pengalaman anda di laman Takaful Malaysia. Dengan terus menggunakan platform kami tanpa menukar tetapan anda, anda bersetuju dengan penggunaan kuki seperti yang dinyatakan dalam notis ini.
Bahagian N: Pautan Luaran
Laman web, aplikasi mudah alih atau platform elektronik Takaful Malaysia (seperti halaman media sosial) mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa laman luaran ini tidak tertakluk kepada Notis Privasi ini. Kami menggalakkan anda untuk menyemak dasar privasi atau notis mana-mana laman web yang dipautkan untuk memahami bagaimana mereka mengendalikan pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan perlindungan maklumat peribadi.
Bahagian O: Kemaskini Terhadap Notis Privasi Ini
Kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan atau untuk mencerminkan perubahan dalam amalan dalaman kami. Kemaskini akan dibuat dengan mengubah perkataan pada halaman web ini dan mengemas kini tarikh penerbitan di bahagian atas halaman. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dimaklumkan secara langsung mengenai perubahan ini, jadi kami menggalakkan anda untuk menyemak Notis Privasi ini secara berkala bagi mengetahui sebarang kemaskini.
Bahagian P: Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, atau ingin mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan perlindungan data kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) kami menggunakan maklumat berikut:
| Perhatian Kepada: | Pegawai Perlindungan Data |
| Alamat: | Takaful Malaysia
Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Malaysia |
| Alamat E-mail: | dpo@takaful-malaysia.com.my |