Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Menerajui Inisiatif Pemuliharaan Pantai di Desaru
 
12 Mei 2026

Takaful Malaysia telah menerajui inisiatif pemuliharaan pantai di Tanjung Balau, Desaru, Johor. Inisiatif yang melibatkan kira-kira 650 kakitangan Takaful Malaysia ini mencerminkan usaha berterusan Kumpulan untuk menerapkan prinsip kelestarian dalam operasinya, di samping memupuk budaya tanggungjawab alam sekitar bersama di seluruh organisasi.

 

Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Inisiatif ini mencerminkan fokus berterusan Kumpulan dalam menterjemahkan komitmen kelestarian kepada usaha yang bermakna. Usaha melindungi alam sekitar melangkaui sekadar meningkatkan kesedaran, ia memerlukan usaha yang konsisten dan kolektif. Inisiatif seumpama ini membolehkan kami menyumbang secara langsung kepada perlindungan alam sekitar sambil memperkukuh tanggungjawab bersama dalam seluruh organisasi kami dan komuniti yang kami wakili.”

 

 

Diadakan sempena Takaful Malaysia Away Day 2026, inisiatif tersebut merangkumi aktiviti pembersihan pesisir pantai dan rawatan air laut menggunakan bebola lumpur Mikroorganisma Efektif (EM). Pendekatan mesra alam ini menyokong kualiti air yang lebih bersih serta menyumbang kepada pemulihan jangka panjang dan daya tahan ekosistem pesisir pantai, sekali gus memperkukuh usaha memelihara persekitaran marin semula jadi.

 

Sepanjang program tersebut, lebih 620 kilogram sisa marin telah berjaya dikumpulkan, termasuk pukat hanyut yang menjadi ancaman besar kepada hidupan marin seperti penyu dan spesies pesisir pantai yang lain. Usaha ini menekankan kepentingan tindakan berterusan dalam menangani pencemaran marin dan melindungi biodiversiti pantai.

"
Inisiatif ini mencerminkan fokus berterusan Kumpulan dalam menterjemahkan komitmen kelestarian kepada usaha yang bermakna. Usaha melindungi alam sekitar melangkaui sekadar meningkatkan kesedaran, ia memerlukan usaha yang konsisten dan kolektif.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Green Earth Society Johor Bahru, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang pakar dalam pemulihan ekologi dan inisiatif kesedaran kelestarian. Organisasi tersebut menyokong pelaksanaan di lapangan serta perkongsian ilmu bagi membantu peserta memahami amalan pemuliharaan alam sekitar dan impak jangka panjangnya.

 

“Selain impak segera, inisiatif ini juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesedaran dan menggalakkan perubahan tingkah laku jangka panjang. Kelestarian mestilah menjadi tanggungjawab bersama merentas organisasi dan komuniti,” tambah Nor Azman.

Takaful Malaysia Menerajui Inisiatif Pemuliharaan Pantai di Desaru
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan pada Suku Kedua TK2026 dengan Hasil Takaful RM2.0 Bilion dan Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai RM305.6 Juta
Handshakes dan Takaful Malaysia Am Jalin Kerjasama untuk Memacu Pematuhan Berteraskan Data dalam Sektor Takaful Malaysia