Takaful Malaysia
Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja
14 Sep
2023

Takaful Malaysia melalui agenda kelestarian pembangunan bangsa, telah menyediakan fasiliti pembuatan bakeri untuk rumah perlindungan dan pusat pemulihan belia, Raudhatus Sakinah. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) untuk menyediakan kemahiran praktikal dan semangat kemasyarakatan kepada penghuni tersebut. Kelestarian jangka panjang program amal ini bertujuan membina kemahiran yang berharga dan mewujudkan persekitaran positif dan memupuk serta membantu mereka meningkatkan keyakinan dan kejayaan.

 

Sekumpulan orang bergambar.

 

Melalui program amal ini, Takaful Malaysia menyediakan fasiliti pembuatan bakeri dan peralatan yang lengkap kepada Raudhatus Sakinah, sebuah tempat perlindungan dan pusat pemulihan di Selangor untuk remaja perempuan Muslim. Kemudahan ini memberi akses kepada penghuni terhadap sumber pembuatan bakeri yang sesuai, meningkatkan kemahiran hidup dan kelestarian diri serta berusaha ke arah masa depan yang terjamin dan berdikari.

 

Kami akan memastikan fasiliti pembuatan bakeri ini mematuhi peraturan keselamatan, termasuk pengendalian makanan yang betul, kebersihan dan pengawasan pihak pengurusan. Kami amat berbesar hati kerana inisiatif ini membangkitkan kreativiti dan eksplorasi penghuni dalam pembuatan bakeri. Raudhatus Sakinah telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta tempahan produk bakeri dari pelbagai pihak dan kami sememangnya gembira menerima maklum balas positif daripada inisiatif ini.

Grey arrow
Grey arrow
"
Sejajar dengan semangat takaful iaitu membantu mereka yang memerlukan, fasiliti pembuatan bakeri yang disediakan untuk belia rumah perlindungan Raudhatus Sakinah, adalah inisiatif yang terpuji dalam memberikan kemahiran praktikal dengan galakkan kreativiti dan keusahawanan di kalangan penghuni. Pembuatan bakeri ini mampu memperkasakan belia rumah perlindungan dengan memberikan mereka alat dan pengetahuan yang memupuk sifat sara diri dan berdikari serta peluang untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk pekerjaan masa hadapan. Kami bekerjasama rapat dengan pengurusan Raudhatus Sakinah bagi menentukan keperluan khusus mereka untuk fasiliti pembuatan bakeri, dan penghuni turut mempelajari kemahiran bakeri dan menjual hasilnya untuk menjana pendapatan bagi menampung operasi harian tempat perlindungan tersebut."

Program ini mencerminkan komitmen kami yang teguh untuk memberi impak positif kepada komuniti dengan membantu mereka yang memerlukan dan memenuhi tanggungjawab kami kepada penerima Asnaf yang layak. Sejajar dengan nilai kami sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang bertanggungjawab dan prihatin. Ia adalah mengenai impak yang dicipta, perubahan yang dilakukan dalam kehidupan individu dan komuniti serta warisan yang ditinggalkan untuk generasi masa depan. Bersandarkan ini, kami telah mengorak langkah untuk mengukuhkan usaha berasaskan komuniti dan memacu perubahan bermakna untuk legasi positif yang berkekalan.

Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja
Di Hatiku Student Food Aid Program
Perkakas Rumah untuk Pelajar Asnaf dan Keluarga