Takaful Malaysia
Program Di Hatiku Medi Aid
21 Dis
2023

Program “Di Hatiku Medi Aid”, yang dijalankan oleh Takaful Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menyediakan bantuankewangan menyeluruh kepada pelajar asnaf di Malaysia yang menghadap kecacatan kekal atau separa akibat penyakit kritikal atau kemalangan. Bantuan merangkumi perbelanjaan hidup, kos perubatan, keperluan pembelajaran, dan yuran pengajian.
 
Program ini membantu pelajar mendapatkan rawatan perubatan dan sumber yang diperlukan. Ia juga untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka, menyokong emosi mereka serta mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif. Dengan menyediakan peluang penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti tinggi, “Di Hatiku Medi Aid” memberi kesan positif bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada komuniti yang lebih luas.
 
Di Takaful Malaysia, kami komited untuk meningkatkan kehidupan pelajar yang kurang bernasib baik. Penglibatan kami dalam program ini mempamerkan dedikasi kami terhadap tanggungjawab sosial korporat dan misi kami untuk memberdayakan komuniti.
 

Grey arrow
Grey arrow
"
Melalui inisiatif ini, kami telah menyediakan sokongan kewangan untuk membantu 100 pelajar yang menghadapi kecacatan kekal atau separa akibat penyakit kritikal atau kemalangan di Selangor, Perak, Pahang, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Terengganu. Sebanyak RM500,000 telah disalurkan melalui program ini.
Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan