Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Rai Dua Pemenang Hadiah Utama Kempen Mini Worries, Great Prizes
 
16 Apr 2026

Takaful Malaysia mencipta detik istimewa dengan meraikan dua pemenang hadiah utama kempen Mini Worries, Great Prizes iaitu Muhamad Norimin bin Muhamad dan Selamat bin Md Din, yang masing-masing membawa pulang sebuah BYD Atto 3 Ultra.

 

Diperkenalkan sempena ulang tahun kedua Kaotim, kempen ini tampil menonjol menerusi konsep unik “dua pemenang”. Pendekatan ini mencerminkan usaha berterusan Kaotim dalam mewujudkan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk menyertai dan menerima ganjaran. Bermula daripada hadiah bulanan sehingga hadiah utama, kempen ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik dan berbaloi sepanjang tempoh penganjuran.

 

Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia berkata, “Alhamdulillah, kempen Mini Worries, Great Prizes telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan kami berterima kasih atas penyertaan kukuh daripada para pelanggan. Konsep ‘dua pemenang’ ini membolehkan kami mengekalkan keterujaan sepanjang kempen dan menjadikan pengalaman pelanggan lebih bermakna serta berbaloi.”

 

Beliau menambah, “Sambutan hari ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami. Kami amat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini bersama Muhamad Norimin dan Selamat, serta berharap dapat terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna menerusi Kaotim.”

"
Sambutan hari ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami. Kami amat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini bersama Muhamad Norimin dan Selamat, serta berharap dapat terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna menerusi Kaotim.

 

Kempen yang berlangsung dari 15 Oktober 2025 hingga 15 Januari 2026 ini telah memberikan ganjaran bulanan kepada pelanggan menerusi hadiah-hadiah terpilih. Antaranya termasuk dua jongkong emas pada bulan Oktober, dua peranti iPhone pada bulan November, serta dua e-baucar Touch ‘n Go bernilai RM5,000 pada bulan Disember. Kempen ini diakhiri dengan hadiah utama berupa dua buah kenderaan BYD Atto 3 Ultra.

 

Nor Azman berkata, “Kaotim diperkenalkan untuk memudahkan akses kepada perlindungan melalui pendekatan digital utama, dan kempen seperti ini membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dengan cara yang lebih interaktif. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang menawarkan nilai dan kemudahan kepada para pelanggan kami.”

Takaful Malaysia Rai Dua Pemenang Hadiah Utama Kempen Mini Worries, Great Prizes
Takaful Malaysia Perkukuh Kedudukan Peneraju Pasaran: Catat Hasil Takaful RM3.78 Bilion dan Rekod Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai RM616 Juta Bagi Tahun 2025
Takaful Malaysia Menyantuni Komuniti Setempat Menerusi Program Gotong-Royong Prihatin Ramadan