Takaful Malaysia
Pelaburan Bertanggungjawab
Pelaburan Bertanggungjawab

Kami mengutamakan pulangan kewangan demi manfaat pelanggan dan pemegang saham, sambil memacu perubahan positif untuk memperbaiki masyarakat dan komuniti. Fokus kami merangkumi pengurangan pelepasan karbon, pemerkasaan individu serta mengekalkan prestasi kewangan, ketelusan dan impak sosial dalam portfolio kami.

Aktiviti Utama untuk Pelaburan Bertanggungjawab

Dasar ini telah dipertingkatkan bagi mencerminkan pertimbangan Environmental, Social, dan Governance (ESG) dengan lebih baik melalui penambahbaikan pada Skor ESG, sumber dan metodologi.

Sepanjang tahun kewangan 2024 kami terus mengurus pendedahan terhadap pelaburan ESG secara berterusan dan progresif.

Dasar penyahkarbonan telah diterapkan dalam portfolio sukuk kami, khususnya bagi sektor intensif karbon seperti penjanaan tenaga, sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050.